• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tunisia Lancar Radio LGBT Rosak Akhlak Remaja Arab

oleh
23/12/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUNIS – Selepas berjaya di Indonesia apabila mahkamah perlembagaan membenarkan amalan zina di negara paling ramai Muslim di dunia itu, kini giliran Tunisia menghancurkan akhlak remajanya.

Media antarabangsa semalam melaporkan negara Islam di rantau Afrika Utara itu berjaya melancarkan stesen radio khas untuk komuniti Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender (LGBT) yang pertama di rantau Arab baru-baru ini.

Namun ia bersiaran hanya atas talian dan ditubuhkan hasil inisiatif kumpulan hak asasi LGBT tunggal tempatan iaitu Shams, bertujuan menangani permusuhan yang telah berakar umbi terhadap golongan itu di negara tersebut.

Untuk rekod, amalan terkutuk pernah diamalkan kaum Sodom ketika zaman Nabi Luth AS itu diharamkan secara rasmi oleh kerajaan Tunisia sejak 1913 dan pengamal LGBT boleh dihukum penjara tiga tahun jika sabit bersalah.

“Kami berhasrat menyedarkan rakyat Tunisia, komuniti dunia dan ahli politik tentang homophobia berlaku dalam masyarakat serta memperjuangkan hak kebebasan individu,” dakwa ketua pengarah stesen itu, Bouhdid Belhadi.

Bouhdid Belhadi

Dikenali sebagai Shams Radio, stesen disokong Kedutaan Belanda di sini beroperasi setiap hari dari pagi sehingga tengah malam dengan menyiarkan berita mengenai isu politik, ekonomi dan sosial yang fokus komuniti LGBT.

“Dasar editorial kami adalah untuk membincangkan tentang hak dan kebebasan individu secara umum, tetapi fokusnya adalah untuk golongan LGBT,” kata Bouhdid yang dipetik oleh portal berita terkenal Al-Arabiya.

Ekoran pelancaran stesen amalan dilaknat Allah ini, ia turut mengundang pelbagai reaksi negatif dan kecaman netizen menerusi media sosial, malah Bouhdid menerima lebih 4,000 ancaman atas talian termasuk ugutan bunuh.

Antara penyampai stesen ialah aktivis LGBT ternama iaitu Amina Sboui (gambar atas) atau lebih dikenali sebagai Amina Tyler, 23, yang pernah muncul sebagai wanita Tunisia pertama berbogel menerusi Facebook pada 2013.

Difahamkan, kewujudan aktivis LGBT di Tunisia bermula sejak resolusi Arab Spring pada 2011 lalu. Bagaimanapun kedudukan mereka juga tergugat dengan adanya masyarakat Islam konservatif. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: LGBTTunisia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Normalisasi Budaya Songsang Lemahkan Maruah, Integriti Moral Muslim – Mufti

Normalisasi Budaya Songsang Lemahkan Maruah, Integriti Moral Muslim – Mufti

01/12/2025
0

SHAH ALAM – Normalisasi budaya songsang memberi kesan besar termasuk melemahkan maruah dan integriti moral seorang Muslim serta membuka ruang...

Doktor Bedah, Timbalan Pendakwa Raya, PTD, Guru Antara Ditahan Aktiviti G*y Di KL

Doktor Bedah, Timbalan Pendakwa Raya, PTD, Guru Antara Ditahan Aktiviti G*y Di KL

29/11/2025
0

Doktor Bedah, Timbalan Pendakwa Raya, Pegawai Tadbir Diplomatik, Guru Serta Pegawai Beberapa Agensi Penguat Kuasa Antara Ditahan Aktiviti Jantan Dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd