• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terengganu Rancang Bina Sebuah Lagi Kolej Al-Quran

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu merancang mewujudkan sebuah lagi Kolej Al-Quran bertempat di tapak Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) Kuala Berang, Hulu Terengganu tidak lama lagi.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata rundingan sedang giat dilakukan bagi membeli tapak KIST itu.

“Seperti yang diluluskan dalam Bajet Terengganu baru-baru ini bahawa kerajaan akan mewujudkan satu lagi pusat pengajian Al-Quran bagi pengajian taranum untuk tajwid.

“Di situ juga kita akan adakan program Asyahadah-Aulia bagi menempatkan pelajar yang sedang belajar di Imtiaz Besut, setelah mereka menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan perlukan pengajian lanjutan,” katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian Anugerah Sarjana Yayasan Terengganu 2017 di sini hari ini yang turut dihadiri Pengarahnya Hishamuddin Hashim.

Ahmad Razif berkata Institut Al-Quran (IQ) di Padang Midin pula akan kekal sebagai Maahad Tahfiz dan dalam perancangan untuk menjadikannya Universiti Al-Quran.

Sementara itu mengenai Program Anugerah Sarjana Yayasan Terengganu, Ahmad Razif berkata ia telah bermula sejak 2008 melibatkan seramai 1,427 pelajar sebagai insentif serta pengiktirafan kepada pelajar peringkat Ijazah Sarjana Muda yang mendapat keputusan Kepujian Kelas Pertama.

Katanya, bagi Anugerah Ijazah Sarjana Muda Iktisas (profesional) termasuk bidang kedoktoran dan kejuruteraan, mereka yang layak diberi insentif sebanyak RM5,000 seorang, manakala bukan iktisas (seperti bidang pendidikan) sebanyak RM3,000 seorang.

Beliau berkata bagi tahun ini, seramai 200 pelajar di institut pengajian tinggi diberi insentif tersebut melibatkan peruntukan kira-kira RM672,000.

Perbelanjaan untuk program anugerah itu dari 1998 hingga 2017 berjumlah RM5.4 juta. — BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mujahid Desak UMNO Jelaskan Isu Surat Ismail Kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

Mujahid Desak UMNO Jelaskan Isu Surat Ismail Kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

17/10/2026
0

Oleh Mynewshub PETALING JAYA – UMNO digesa menjelaskan sama ada mengetahui atau merestui surat yang didakwa diutus Menteri Besar Negeri...

Nik Nazmi Sahkan Ditahan JAIS, Mohon Maaf Kepada Isteri Dan Keluarga

Nik Nazmi Sahkan Ditahan JAIS, Mohon Maaf Kepada Isteri Dan Keluarga

17/10/2026
0

OLEH MYNEWSHUB   PETALING JAYA: Pemimpin Bersama, Nik Nazmi Nik Ahmad, mengesahkan beliau antara dua individu yang ditahan Jabatan Agama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd