• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Poliklinik ATM Bakal Dibina Di Sungai Petani

oleh Ahmad Albab
23/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – Sebuah Poliklinik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka akan diwujudkan di sini menerusi peruntukan Bajet 2018 dalam usaha menyediakan kemudahan kesihatan kepada anggota dan veteran angkatan itu dari kawasan sekitar.

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohd Johari Baharum berkata, kerajaan merancang membina enam poliklinik berkenaan, antaranya di Kem Penrissen di Kuching, Sarawak dan bagi kawasan utara, berkemungkinin akan dibina di sini manakala selebihnya masih dalam proses mengenal pasti lokasi bersesuaian.

“Penubuhan poliklinik terbabit bertujuan menjaga kebajikan anggota dan veteran ATM, khususnya dalam mendapatkan rawatan kesihatan…memandangkan terdapat kem tentera di sini dan tiada Hospital ATM yang berdekatan, jadi ia (poliklinik) mungkin dibina di Sungai Petani,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada veteran ATM peringkat Kedah, Perlis dan Pulau Pinang di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM Mejar Jeneral Datuk Mohamad Khir Abdullah dan Panglima 6 Briged Brigedier Jeneral Abd Aziz Ismail.

Pada 13 Okt lepas, Mohd Johari dipetik sebagai berkata Kementerian Pertahanan akan membina enam poliklinik khas untuk bekas anggota dan anggota ATM yang masih berkhidmat di seluruh negara bagi memastikan kebajikan golongan itu sentiasa terpelihara.

Beliau dipetik sebagai berkata keputusan membina poliklinik itu adalah hasil pertemuan bersama 70 anggota Persatuan Veteran ATM sebelum ini yang menekankan isu kebajikan dan kesihatan bekas anggota perlu diberi perhatian kerajaan.

Mengulas lanjut, Anggota Parlimen Kubang Pasu itu berkata terdapat lebih 6,000 veteran ATM di kawasan Parlimen Sungai Petani dan Merbok akan mendapat manfaat daripada kewujudan poliklinik berkenaan nanti.

Terdahulu Mohd Johari menyampaikan pingat itu kepada 256 penerima. – BERNAMA

Tags: ATM
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

ATM Perkukuh Operasi Ketirisan Subsidi Bahan Api

ATM Perkukuh Operasi Ketirisan Subsidi Bahan Api

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memperkukuh kesiapsiagaan operasi bagi membanteras ketirisan dan penyelewengan subsidi bahan api selaras dengan...

MINDEF, ATM Sudah Lama Haramkan ‘Pesta Yeye’

MINDEF, ATM Sudah Lama Haramkan ‘Pesta Yeye’

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, hari ini melaungkan amaran tegas budaya hedonisme yang tidak berakhlak serta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd