• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘OffPAC’ Mudahkan Pengunjung Perpustakaan

oleh AK-47
23/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mencipta aplikasi ‘Offline Public Access Catalogue’ (OffPAC) bagi memberi mutu perkhidmatan terbaik kepada pengunjung perpustakaan.

Pegawai Teknologi Maklumat UPSI Khairul Asyrani Sulaiman berkata aplikasi mudah alih untuk Android dan iOS itu adalah hasil inovasi daripada Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB).

Beliau berkata OffPAC dicipta untuk mengakses katalog awam PTB dan boleh digunakan walaupun tanpa akses internet.

‎”Menerusi aplikasi itu, pengguna boleh membuat penanda terhadap hasil carian dan terus mengesan lokasi bahan carian selain membuat tempahan bagi bahan berstatus ‘circulated’,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata aplikasi itu turut dilengkapi dengan pengimbas kod bar yang boleh digunakan untuk mengimbas Nombor Buku Piawai Antarabangsa (ISBN) pada belakang buku.

Aplikasi OffPAC pernah memenangi dua pingat emas di Pameran Rekacipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa (ITEX) 2017 dan Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (PECIPTA) 2017. – BERNAMA

Tags: Aplikasi 'OffPAC'
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd