• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gaji Penjawat Awam UAE Kini Paling Rendah RM19,000

oleh
23/12/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ABU DHABI – Gaji semua penjawat awam di Emiriah Arab Bersatu (UAE) mula diselaraskan semula dengan kadar paling rendah ditetapkan pemerintah sebanyak RM19,000, lapor media tempatan.

Berita gembira itu diumumkan Dr. Sheikh Sultan bin Mohammed Al Qasimi, Anggota Majlis Tertinggi dan Penguasa Sharjah, menyaksikan kerajaan memperuntukkan tambahan 600 juta dirham (RM666 juta) bagi tujuan tersebut.

Pengumuman luar biasa itu turut disiarkan menerusi stesen tempatan Sharjah TV semalam dengan disahkan oleh Dr. Tariq Sultan bin Khadim, Ahli Majlis Eksekutif Sharjah dan Pengerusi Direktorat Sumber Manusia UAE.

Ia juga sebagai sebahagian daripada keprihatinan kerajaan terhadap kesejahteraan rakyat dan kakitangan awam malahan kenaikan tersebut agak tinggi dan belum pernah terjadi sebelumnya dalam sejarah negara Asia Barat itu.

Semakan semula struktur gaji bermulai pada 1 Januari depan, kata Tariq Sultan dan berdasarkan struktur baharu, kerajaan akan mempunyai lapan gred termasuk pewujudan Gred 8 yang baru ditetapkan sebagai paling rendah.

Penjawat dalam kumpulan berkenaan akan dibayar gaji minimum sebanyak 17,500 dirham (RM19,346) sebulan dan mereka pada kelaziman merupakan pekerja yang tidak tamat pengajian akademik peringkat sijil sekolah menengah.

Gred 7 ditetapkan untuk orang yang ada kelulusan sijil itu dengan gaji terendah 18,500 dirham (RM20,547) sebulan manakala bagi graduan universiti, mereka bermula Gred 4 dengan gaji asas 25,000 dirham (RM27,766) sebulan.

Tariq Sultan berkata, selain beri tumpuan peningkatan taraf hidup penjawat awam, raja sangat berminat jika staf yang tidak habis pendidikan atau memperoleh sarjana, untuk mampu meneruskan lagi pendidikan tinggi mereka.

Struktur Gred 1 ditetapkan 30,500 (RM33,875), Gred 2 pula 28,500 dirham (RM31,653), Gred 3 dengan 26,500 dirham (RM29,432) manakala Gred 5 ialah 21,500 dirham (RM23,879) dan Gred 6 ialah 19,500 dirham (RM21,657).

Beliau menekankan bahawa struktur gaji bulanan baharu itu juga akan dikenakan kepada semua pesara awam yang menerima bayaran pencen mereka daripada Penguasa Bahagian Pencen Am dan Keselamatan Sosial UAE.

Justeru, Tariq Sultan menyeru bekas kakitangan kerajaan yang bersara antara 2003 dan November 2017 untuk mengemaskinikan segala maklumat peribadi mereka di Direktorat Sumber Manusia. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Emiriah Arab BersatuUAE
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pempengaruh Pro-Palestin Dakwa Akaun X Diharamkan UAE, Tuduh Emiriah Lindungi Israel

Pempengaruh Pro-Palestin Dakwa Akaun X Diharamkan UAE, Tuduh Emiriah Lindungi Israel

05/03/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  Seorang pempengaruh media sosial pro-Palestin yang terkenal, Jackson Hinkle, mendakwa akaun beliau di platform X (Twitter) telah diharamkan...

Pasangan Penipu Kripto Rusia Ditemui Mati Disimen Dan Ditanam Di Gurun UAE

Pasangan Penipu Kripto Rusia Ditemui Mati Disimen Dan Ditanam Di Gurun UAE

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Sepasang suami isteri warga Rusia yang sebelum ini dilaporkan hilang pada Oktober lalu ditemui mati dalam keadaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd