• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saudi Mula Bayar Tunai Ala BR1M Untuk Rakyat Marhaen

oleh
22/12/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RIYADH – Arab Saudi mula membayar 2 bilion riyal (kira-kira RM2.2 bilion) semalam dalam ansuran tunai secara bulanan sistem kebajikan baharu ala Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Skim khas tersebut diperkenalkan oleh Raja Salman Abdulaziz Al-Saud untuk dinikmati keluarga berpendapatan rendah dan menengah yang terdiri kira-kira separuh daripada 33 juta penduduk negara Asia Barat tersebut.

Pembayaran itu datang menjelang pelaksanaan cukai nilai tambah sebanyak lima peratus seumpama cukai barang dan perkhidmatan (GST) di 190 buah negara ke atas kebanyakan barangan termasuk makanan dan perkhidmatan.

Bayaran khas itu juga diperkenalkan demi meringankan beban kos sara hidup jutaan rakyat marhaen berikutan langkah kerajaan Arab Saudi memotong subsidi yang akan menaikkan tarif elektrik dan petrol tahun depan.

Menteri Buruh dan Pembangunan Sosial, Ali Al-Ghafees memberitahu agensi Saudi Press Agency (SPA) bahawa pemindahan wang ihsan tersebut melalui akaun bank telah dibuat kepada kira-kira tiga juta keluarga tempatan.

Ia melibatkan sekitar 10.6 juta penerima. Beliau berkata separuh daripada keluarga tersebut menerima bayaran maksimum sebanyak 938 riyal (RM1,020) manakala pembayaran minimum pula ialah 300 riyal (RM323).

Berita pembayaran itu datang dua hari selepas kerajaan Arab Saudi mengumumkan pembentangan belanjawan terbesar dalam sejarah negara tersebut, dengan 978 bilion riyal (RM1.03 trilion) tahun fiskal yang akan datang.

Kerajaan negara Islam yang kaya minyak berkenaan telah memperkenalkan cukai pengguna ke atas pembelian segala produk tembakau, minuman ringan dan tenaga mulai tahun ini, serta cukai untuk barangan mewah.

Kementerian Kewangan Arab Saudi berkata, pihaknya menjangka membayar kira-kira 32 bilion riyal (RM35 bilion) bayaran bantuan ansuran tunai terhadap rakyat yang layak sepanjang 2018 kelak. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Arab SaudiBR1M
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

24/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ARAB SAUDI sekali lagi menunjukkan tahap kesiapsiagaan luar biasa menjelang musim Haji 2026 apabila Kementerian Pertahanannya menayangkan video...

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

18/04/2026
0

JEDDAH – Perjuangan wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen AFC Champions League Elite 2025/26 berakhir di peringkat suku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd