• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FAM Tunggu Piala Dunia 2018 Laksana Teknologi VAR

oleh AK-47
23/12/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan menunggu sehingga tamat Piala Dunia 2018 sebelum melaksanakan penggunaan sistem teknologi video bantuan pengadil (VAR) dalam saingan Liga Malaysia.

Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata ia bertujuan mendapatkan penilaian serta laporan terperinci daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengenai keberkesanan penggunaan sistem tersebut.

“Setelah berbincang dengan Tunku Presiden (Tunku Ismail Sultan Ibrahim) bersama Jawatankuasa Pengadil FAM, kita akan menunggu selepas Piala Dunia 2018 untuk melihat dan mendapatkan maklum balas daripada FIFA serta AFC.

“Sekiranya maklum balas diterima positif dan menyenangkan semua pihak serta dapat menaikkan lagi taraf mutu pengadilan di Malaysia, kita mungkin akan melaksanakannya nanti,” katanya ketika ditemui pada Majlis Makan Malam Pengadil FAM di Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya di sini, semalam.

Sebelum ini, FAM merancang memperkenal sistem VAR pada saingan Liga Super 2018 dengan menjadikan aksi separuh akhir dan final Piala Malaysia 2017 sebagai medan untuk menguji keberkesanan teknologi berkenaan.

VAR adalah satu sistem video bertujuan meningkatkan mutu pengadilan, selain untuk mengurangkan kontroversi berhubung keputusan sesuatu perlawanan dengan membolehkan pengadil melihat dan meneliti semula beberapa insiden di atas padang yang kurang jelas.

Sistem tersebut menumpukan empat perkara – mengesahkan jaringan, menentukan layangan kad merah dan kuning kepada pemain, menentukan pemberian sepakan penalti serta mengelak kesilapan identiti pemain.

Sehingga kini, terdapat beberapa negara sudah mengadaptasikan teknologi berkenaan termasuk Belanda, Jerman, Perancis, Australia dan Qatar, manakala Sepanyol pula dijangka menggunakannya dalam saingan liga tempatan mereka, La Liga bermula musim depan. – BERNAMA

Tags: Datuk Hamidin Mohd AminFAMPiala Dunia 2018
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sekali lagi menegaskan pendaftaran pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT)...

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

10/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mendedahkan terdapat beberapa pihak dalam Persatuan Bolasepak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd