• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siapa Karim, Mengapa Dunia Tutup Mata Untuk Dia?

oleh
22/12/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEBERAPA foto memaparkan masyarakat dunia tutup sebelah mata dengan #SolidarityWithKarim pada setiap posting menjadi tular menerusi laman Twitter beberapa hari lepas.

Namun, apa yang menjadi pertanyaan selanjutnya ialah mengapakah mereka bertindak sedemikian dan siapakah Karim sehinggakan netizen seluruh dunia sanggup menutup mata untuk dirinya?

Memetik beberapa sumber, Mynewshub difahamkan ia adalah tanda solidariti terhadap seorang bayi warga Syria yang hilang sebelah mata dalam insiden pengeboman oleh Presiden Syria, Bashar al-Assad pada 15 Disember lepas.

Jelas sumber lagi, bayi malang tersebut kehilangan mata kiri manakala ibunya syahid dengan serta-merta selepas kediaman mereka di Hammuriye, timur Ghouta dibom oleh tentera rejim.

Susulan perkara itu, seorang wartawan Syria dikenali sebagai Hadi Al Abdallah telah menjalankan ‘gerakan’ menutup mata ini sebagai simbolik solidariti terhadap insiden menyayat hati berkenaan.

“Kanak-kanak Syria bersolidariti dengan Karim, yang kehilangan satu mata dan retak kepala selepas dibom rejim Assad di timur Ghouta. Ibunya juga maut dalam serangan sama,” ujarnya dalam salah satu posting di laman Twitter miliknya.

Gerakan solidariti itu ternyata memberi kesan dalam dan mendapat perhatian seluruh warga dunia termasuklah ahli politik, diplomat dan komuniti antarabangsa, antaranya Duta Britain ke PBB, Matthew John Rycroft.

“Semasa kita duduk di Majlis Keselamatan PBB dan beri amaran lebih ramai akan terkorban, lebih banyak sekolah dibom, lebih banyak kanak-kanak berparut. Ini maksud kami,” tulisnya di laman Twitter.

Sehingga kini, krisis kemanusiaan di Ghouta dilaporkan semakin meruncing dan buruk ekoran sekatan bahan makanan serta perubatan yang dijalankan oleh tentera Assad. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: FaFau4SyriaMisi Bantuan Kemanusiaan Bantuan Musim Sejuk Syria
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Fara Fauzana Sertai Misi Bantuan Ke Turki Hari Ini

17/12/2017
0

SEJAK menamatkan khidmatnya daripada menjadi seorang penyampai di stesen radio Hot FM, pengacara terkenal Fara Fauzana giat melakukan aktiviti-aktiviti sosial....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd