• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Politik Negara Perlu Adaptasi Strategi Lautan Biru

oleh Ahmad Albab
23/12/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Politik negara perlu mengadaptasi Strategi Lautan Biru dengan bersedia menguasai politik digital dan data besar untuk mengurus maklumat pilihan raya, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Memandangkan ia bukan mudah untuk dilakukan, beliau berkata pendidikan politik rakyat perlu ditingkatkan bersesuaian dengan perkembangan ilmu dan teknologi masa kini.

Katanya dalam Strategi Lautan Biru, sokongan politik adalah dicipta dan bukannya dipaksa dengan proses mencipta sokongan itu memerlukan kepakaran, pemikiran dan perancangan.

“Strategi Lautan Merah merah sinonim dengan darah, mati, luka, dan dendam dengan pesaing. Oleh itu, pendekatan ini perlu dielakkan.

“Strategi Lautan Biru sinonim dengan memberi tumpuan kepada isu sebenar dalam politik, dan mengutamakan strategi dan perancangan dalam mengambil keputusan politik,” katanya menerusi catatan terbaharu beliau dalam blog sskeruak.blogspot.my hari ini.

Mengambil contoh politik dunia, Salleh berkata kajian literatur menunjukkan tokoh politik seperti bekas presiden Amerika Syarikat Barrack Obama, Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau dan Presiden Perancis Emmanuel Macron menggunakan pendekatan Lautan Biru dalam kempen politik mereka.

“Kempen mereka menggunakan maklumat digital, berita mereka tepat dan cepat, tawaran produk politik mereka menarik, komunikasi dengan rakyat disampaikan dengan mudah dan bertenaga, manifesto mereka mudah difahami dan jelas.

“Seperti kata Albert Einstein: ‘Everything should be made as simple as possible, but not simpler’ (semuanya perlu dilakukan dengan sederhana mungkin, bukannya terlalu sederhana),” katanya.

Salleh berkata Strategi Lautan Biru diperkenalkan pada 2005 oleh Prof. W. Chan Kim dan Renee Mauborgne dalam karya mereka “Blue Ocean Strategy” adalah berbeza dengan Strategi Lautan Merah.

“Strategi Lautan Merah merujuk kepada suasana persaingan dalam perniagaan, manakala Strategi Lautan Biru pula merujuk kepada penciptaan ruang pasaran yang tidak ada persaingan dalam perniagaan. Dalam politik juga begitu,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Salleh Galas Tugas Pengerusi UMNO Sabah

05/06/2018
0

KOTA KINABALU - Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak dilantik menjalankan tugas Pengerusi Perhubungan UMNO...

Pembangkang Sebar Berita Palsu Sebab Tahu Akan Kalah

09/05/2018
0

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak membidas pembangkang yang menyebarkan berita palsu untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd