• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PBNP Tak Rayu Keputusan J/kuasa Tatatertib FAM

oleh AK-47
21/12/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) tidak akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung larangan memohon Lesen Kelab AFC selama dua tahun.

PBNP dalam satu kenyataan di sini hari ini, berkata mereka terpaksa menerima keputusan itu yang diputuskan jawatankuasa berkenaan.

“PBNP masih berpegang pada keyakinan bahawa persatuan tidak melakukan sebarang kesalahan,” kata kenyataan ringkas itu.

Hari ini, media melaporkan keengganan Pahang untuk mewakili Malaysia ke kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) musim depan, membawa padah apabila dikenakan tindakan larangan itu.

Larangan itu membabitkan permohonan tahun depan dan 2019 sekali gus menyaksikan skuad Tok Gajah tidak akan mewakili negara ke Liga Juara-Juara Asia 2019 dan 2020.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Baljit Singh Sidhu berkata Pahang melanggar Artikel 14 (obligasi ahli) Statut FAM dengan gagal mematuhi arahan FAM untuk mendaftarkan pasukan untuk bermain dalam pertandingan itu, walaupun menduduki tempat kedua Liga Super 2017 dan mempunyai kelulusan Lesen Kelab AFC yang melayakkan skuad Tok Gajah beraksi pada saingan peringkat benua itu.

“Mengikut peruntukan Artikel 14 Statut FAM – obligasi ahli menuntut pasukan mematuhi sepenuhnya statut, peraturan, arahan dan keputusan FIFA, AFC dan FAM pada setiap masa.

“Pahang juga diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan sama, namun keputusan ini boleh dirayu,” katanya.

Pahang dipilih mewakili Malaysia dalam saingan Piala AFC musim depan bagi menggantikan Kedah, namun menolak pelawaan itu dengan alasan mahu memberi fokus kepada kejohanan domestik. – BERNAMA

Tags: FAM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sekali lagi menegaskan pendaftaran pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT)...

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

10/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mendedahkan terdapat beberapa pihak dalam Persatuan Bolasepak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd