• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Damian Boleh Tegur Aiman Dengan Berhemah” – Lah

oleh AK-47
22/12/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEBERAPA minggu lalu kecoh mengenai tindakan salah seorang bekas anggota kumpulan VE, Damian Mikhail yang mengkritik nyanyian rap Aiman Tino dalam lagu Terasa Cinta.

Baca: Rap Aiman Tino Dikritik, Fara Hezel Beri Penjelasan

Kenyataan yang dikeluarkan Damian mendapat perhatian ramai termasuklah penyanyi hip-hop Joe Flizzow. Kata Joe, nyanyian rap di dalam lagu tersebut merupakan satu percubaan yang baik.

Juga: “Aiman Dah Cuba Terbaik, Dia Rap Pun Okay” – Joe

Baru-baru ini, Lah Ahmad yang juga bekas anggota VE memberikan pandangannya mengenai isu tersebut.

Lah berpendapat Damian seharusnya menegur penyanyi 19 tahun itu dengan berhemah dan professional.

“Saya sendiri pun kena tegur. Tapi, kalau secara terbuka mungkin kurang sesuai dan ada baiknya dibuat secara one to one.

“Saya sendiri pernah ditarik oleh seorang ustaz ke satu sudut dengan tujuan menegur bacaan.

“Ia boleh dibawa berbincang. Saya mengaku sebenarnya banyak belajar mengenai muzik dengan Damian.

“Kami selalunya duduk sebilik jika buat persembahan di luar. Dia seorang yang bagus dan mungkin perkara ini berlaku tanpa dijangka,” katanya dipetik Sinar Online.

Akuinya, dia lebih selesa dengan pendekatan yang lebih ‘mesra’ bagi mengeruhkan tidak lagi keadaan.

Katanya yang mengambil contoh peribadi Rasulullah yang membuatkan Baginda dihormati kerana sifat-sifatnya.

“Sebagai contoh, dulu saya segan nak mendekati seorang ustaz kerana caranya yang garang dalam memberi teguran. Tapi, bila saya mula mendalami agama, saya banyak memperoleh ilmu baru.

“Saya bukanlah menyebelahi mana-mana pihak. Kita ambil pendekatan Rasulullah, orang jatuh cinta dengan Baginda kerana adab dan akhlaknya yang bagus,” jelasnya.

Terdahulu, Damian menyatakan nyanyian rap Aiman sebagai satu pencemaran dan penghinaan bagi genre muzik hip-hop.

Lirik video lagu duet adik-beradik itu telah mendapat lebih dua juta tontonan sejak dimuat naik di laman YouYube syarikat rakaman Aries Music. – MYNEWSHUB.CC/SA

Tags: aiman tinoDamian MikhailLah AhmadTerasa Cinta
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Aiman Tino Masuk UMNO

Aiman Tino Masuk UMNO

17/03/2023
0

KUALA KUBU BHARU : Penyanyi, Aiman Tino, 25, menyertai UMNO selepas menyerahkan borang keahlian ahli UMNO di Pejabat UMNO Bahagian...

Aiman Tino Kesal Disaman Ingkar PKPB

27/05/2020
0

PENYANYI remaja tersohor, Muhammad Aiman Yusri, 22 yang dikenali Aiman Tino mendakwa dirinya 'terperangkap' dalam kes kompaun RM1,000 selepas didapati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd