• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dipenjara 4 Hari, Denda RM6,000 Hayun Kayu Hoki

oleh AK-47
21/12/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Gara-gara menghayun kayu hoki bertujuan menakut-nakutkan individu lain, seorang pengawal keselamatan dijatuhi hukuman penjara empat hari dan denda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Nor Asma Ahmad menjatuhkan hukuman itu selepas T. Mathan, 25, mengaku bersalah melakukan perbuatan itu terhadap Huang Tiong Yeong, 37, di Bulatan Taman Berkeley di sini, kira-kira 1.15 petang pada 16 Dis lepas.

Dia dihukum mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah memerintahkan Mathan dipenjara dari tarikh dia ditangkap pada 18 Dis lepas dan memerintahkan lelaki itu dipenjara dua bulan lagi sekiranya gagal membayar denda.

Tertuduh membayar denda tersebut.

Terdahulu, peguam Gerard Lazarus yang mewakili Mathan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan atas alasan anak guamnya menanggung ibu bapa, isteri dan anak berusia tiga tahun selain menghidap kencing manis kronik yang memerlukan dia kerap makan ubat.

“Anak guam saya juga sudah meminta maaf kepada mangsa kerana bertindak di luar pemikiran,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Amira Abdul Aziz pula memohon mahkamah menjatuhkan hukuman sewajarnya dengan mengambil kira kepentingan awam berikutan kes buli jalan raya semakin berleluasa pada masa ini.

Rakaman video mengenai kejadian itu tular di media sosial selepas dipercayai dimuat naik mangsa.

Dalam video berdurasi satu minit 30 saat itu, mangsa sedang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima di bulatan berkenaan sebelum sebuah kereta Proton Wira tiba-tiba keluar dari arah kiri di laluan itu dan berhenti di depan kenderaan mangsa.

Pemandu kereta Proton Wira itu kemudian dilihat keluar dari kenderaannya dan mengugut mangsa dengan menghayunkan kayu hoki ke arah pemandu MPV itu. – BERNAMA

Tags: dipenjarakayu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warden Penjara Penor Meninggal Dunia Di Kuantan

Warden Penjara Penor Meninggal Dunia Di Kuantan

19/12/2025
0

KUANTAN – Seorang warden Penjara Penor, Allahyarham Muhammad Hariri Kamarudin, dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 2 pagi tadi di kediamannya...

Salah Guna Kuasa, Bekas Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM22,143

Salah Guna Kuasa, Bekas Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM22,143

26/05/2025
0

KUALA TERENGGANU: Bekas pengurus bahagian pentadbiran dan sumber manusia Ladang Rakyat Terengganu dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM22,143 oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd