• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Datuk Kabi Diarah Bela Diri Tuduhan Samun Rantai Emas

oleh Ahmad Albab
21/12/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli perniagaan, ‘Datuk Kabi’ diperintahkan membela diri oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan samun seutas rantai emas pemilik restoran, tahun lalu.

Hakim Zaman Mohd Noor memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Datuk Kabi atau nama sebernanya C. Kamaleswaran, 38, dan menetapkan 13 Feb untuk tertuduh membela diri.

Peguam Norizan Yaacub yang mewakili tertuduh memaklumkan bahawa anak guamnya memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi.

Mengikut pertuduhan, Kamaleswaran bersama-sama tiga yang masih bebas telah melakukan samun seutas rantai emas dengan menggunakan objek menyerupai sepucuk pistol ke atas E. Selvarajoo, 49, di tempat letak kereta berhampiran Restoran Aiswaria, Lorong Maarof, Taman Bangsar, Brickfields, di sini pada 8.30 malam, 1 April 2016.

Pertuduhan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Amira Sariaty Zainal mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: kes samun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

08/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Empat ditahan susulan video tular yang memaparkan seorang lelaki berlumuran darah yang dikatakan berlaku di Wangsa Maju pada...

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

16/03/2025
0

Kuala Terengganu: Lelaki yang ditembak mati di Besut pagi semalam dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di negeri ini dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd