• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Model Bakal Hilang Sebelah Lagi Kaki Akibat TSS

oleh Ahmad Albab
21/12/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SADIS. Seorang model yang kehilangan sebelah kaki akibat sindrom kejutan toksik (TSS) selepas menggunakan tampon, kini berkemungkinan kehilangan sebelah lagi kaki.

Lauren Wasser, 29, sebelum ini terpaksa menjalani pembedahan untuk memotong kakinya di bahagian lutut akibat TSS pada 2012.

Ketika itu, model yang dilahirkan di California ini juga terpaksa bergantung kepada mesin sokongan hayat selepas mengalami serangan jantung. Manakala kedua-dua kakinya mengalami gangren.

Lauren juga ketika itu hampir maut ketika berada dalam apartmentnya, mujur ibu Lauren menghubungi polis selepas gagal mendengar sebarang berita mengenai anaknya.

Selepas lima tahun, Lauren bagaimanapun tidak mengalah dan bangkit kembali untuk menjadi model.

Namun baru-baru ini, Lauren dalam tulisannya di majalah In Style memberitahu, dia ditakdirkan akan kehilangan sebelah lagi kakinya.

“Saya mengalami kesakitan yang amat sangat setiap hari. Saya mempunyai kaki `emas’ dan saya bangga dengannya namun kaki kiri saya ini mengalami ulser.

“Dalam masa beberapa bulan, saya tidak dapat mengelak daripada kaki ini dipotong. Tiada apa yang boleh saya lakukan mengenainya tetap saya boleh membantu dengan memastikan keadaan ini tidak berlaku kepada orang lain,’’ demikian tulis Lauren.

Disebabkan ulcer berkenaan, Lauren tidak boleh membiarkan kakinya basah.

Untuk rekod, sindrom kejutan toksik adalah satu keadaan yang berpotensi membawa maut. Ia disebabkan oleh pembebasan bahan-bahan beracun daripada pembiakan bakteria yang dikenali sebagai Staphylococcus Aures atau Staph, yang terdapat dalam kebanyakan badan wanita. – MYNEWSHUB.CC

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ketua UMNO Subang Sindir ‘Prototaip Proton’ Guna Logo BMW

Ketua UMNO Subang Sindir ‘Prototaip Proton’ Guna Logo BMW

07/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua UMNO Bahagian Subang, Datuk Dr. Armand Azha Abu Hanifah secara berseloroh menyindir Perdana Menteri, Datuk Seri...

Parlimen Mungkin Bubar Awal Jika BN Johor, Negeri Sembilan Menang Besar – Dr Ong Kian Ming

Parlimen Mungkin Bubar Awal Jika BN Johor, Negeri Sembilan Menang Besar – Dr Ong Kian Ming

07/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Bekas Ahli Parlimen DAP Bangi, Dr Ong Kian Ming menggariskan beberapa sebab mengapa beliau percaya sokongan kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd