• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keperluan Kedutaan Besar Di Palestin Akan Dibincang

oleh AK-47
20/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keperluan Malaysia membuka Kedutaan Besar di Palestin dijangka dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet yang akan datang, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Hishammuddin yang juga Menteri Tugas-Tugas Khas berkata pandangan jemaah Menteri serta pelbagai pihak lain, terutamanya dari aspek ekonomi dan keselamatan, perlu diperoleh terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat.

Beliau berkata mesyuarat Kabinet hari ini, yang merupakan mesyuarat terakhir bagi tahun ini, belum membincangkan tentang perkara itu.

“Tunggu PM (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak) balik dahulu (dari lawatan rasmi ke beberapa negara). Ini akan jadi agenda 2018,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di Wangsa Maju di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai cadangan Turki untuk membuka kedutaannya di Baitulmuqaddis bagi mengiktiraf kota suci itu sebagai ibu negara Palestin.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata semua pihak termasuk parti-parti pembangkang perlu menyertai Himpunan Solidariti Selamatkan Baitulmuqaddis di Masjid Putra, Putrajaya pada Jumaat ini memandangkan isu Palestin sepatutnya merentasi pertimbangan politik.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata sebanyak 250 badan bukan kerajaan (NGO) termasuk NGO bukan Islam serta parti-parti politik akan menyertai himpunan itu yang turut dihadiri Najib serta Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Himpunan itu diadakan bagi membantah keputusan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel menimbulkan kemarahan dan kutukan masyarakat Islam di seluruh dunia. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hishammuddin, KJ, Syed Hamid Albar Sah Kembali Sertai UMNO

Hishammuddin, KJ, Syed Hamid Albar Sah Kembali Sertai UMNO

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Seramai 6,252 bekas pimpinan dan ahli pelbagai peringkat termasuk Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Khairy Jamaluddin dan...

Kerajaan Tetapkan Tiga SOP Baharu Ibadah Umrah

08/02/2022
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan menetapkan tiga prosedur operasi standard (SOP) baharu kepada jemaah yang akan melaksanakan ibadat umrah di Tanah Suci,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd