• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Budak 5 Tahun Hilang Lepas Ditinggalkan Bapa Di Hutan

oleh AK-47
20/12/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MENDISIPLIN anak tidak seharusnya menggunakan kekerasan. Namun, seringkali golongan ibu bapa memilih cara tersebut pada anak mereka.

Seperti yang terjadi pada kanak-kanak malang malang dari Filipina ini, apa yang dilakukan oleh bapanya benar-benar tak boleh diterima akal.

Lapor Next Shark, Maria Fe, 5, dilaporkan hilang selepas bapanya mendenda anak kecil itu dengan cara meninggalkannya di dalam hutan secara bersendirian!

Bapanya, Felipe Eranzo dalam kenyataan polis memaklumkan Maria hilang pada Rabu selepas dihukum kerana telah ‘memalukannya’ di depan rakan-rakan lelaki itu pada Rabu minggu lalu.

Bukan itu sahaja, lelaki itu turut dikatakan memukul belakang leher anak kecil tersebut sehingga tidak sedarkan diri.

Tanpa rasa bersalah memberitahu bahawa anaknya pengsan selepas dipukul, lelaki itu kemudian meninggalkan anak perempuan yang pengsan itu ke dalam hutan dengan alasan untuk memberinya ‘pengajaran’.

Bagaimanapun sekembalinya lelaki itu ke hutan, dia mendapati anaknya itu telah tiada di lokasi yang ditinggalkan.

Eranzo kini telah ditahan pihak berkuasa dan bakal berdepan dakwaaan penderaan kanak-kanak atas tindakan tidak bertanggungjawab yang dilakukan.

Sehingga kini, usaha mencari Maria dilaporkan masih giat dilakukan oleh pihak polis dan turut dibantu beberapa penduduk kampung.

Berita kehilangan Maria turut mengundang kecaman daripada netizen tempatan yang tidak henti-henti marah dan kecewa dengan sikap si bapa yang lebih penting air muka sendiri berbanding soal nyawa darah daging sendiri. – MYNEWSHUB.CC

Tags: FilipinaHILANGhutankanak-kanak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lagi Individu Kena Siasat Didakwa Sebar Berita Palsu Diesel kepada Filipina

Lagi Individu Kena Siasat Didakwa Sebar Berita Palsu Diesel kepada Filipina

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) meneruskan tindakan terhadap pihak yang disyaki menyebarkan berita palsu berhubung pembekalan...

Isham Jalil Mahu Buat Laporan Polis Terhadap MCMC – ‘Posting’ Berkenaan Isu Diesel Kena Sekat, Siasat

Isham Jalil Mahu Buat Laporan Polis Terhadap MCMC – ‘Posting’ Berkenaan Isu Diesel Kena Sekat, Siasat

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil memaklumkan beliau akan membuat laporan polis terhadap Suruhanjaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd