• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Parlimen Belia Mahu Bayaran BR1M Ditukar Ke Unit Amanah

oleh Ahmad Albab
11/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Anggota Parlimen Belia Malaysia hari ini secara dasarnya bersetuju sistem pembayaran secara tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) ditukar kepada pembayaran melalui unit amanah.

Wakil Pahang, Mohd Firdaus Abd Samad ketika menggulung usul penetapan supaya kerajaan menjalankan kajian intensif bagi merapatkan jurang pendapatan negara, berkata mekanisme ini dilihat lebih efektif kepada aliran tunai kerajaan.

“Sekiranya BR1M ini diberikan dalam bentuk unit amanah, ia akan ada tempoh matang, jadi dalam masa lima tahun katakan, kerajaan tidak perlu lagi mengeluarkan wang tunai untuk pemberian BR1M, sebaliknya pembayaran seterusnya boleh dibuat menggunakan dividen,” katanya.

Usul penetapan supaya kerajaan menjalankan kajian intensif bagi merapatkan jurang pendapatan negara itu dicadang Jawatankuasa Sosio Ekonomi dan diluluskan sebulat suara oleh speaker dewan iaitu Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Negara Datuk Shamsul Anuar Nasarah pada persidangan Parlimen Belia Malaysia kedua di Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Antara lain, usul itu turut mencadangkan supaya satu jawatankuasa atau badan seumpamanya ditubuhkan di peringkat Parlimen bagi mengkaji jurang pendapatan negara.

Turut bersetuju ialah wakil Terengganu Alif Rosli yang menarik perhatian bahawa selain pembayaran melalui unit amanah, kerajaan juga boleh menggunakan sukuk.

“Ini adalah antara beberapa mekanisme, yang lebih sesuai untuk jangka masa panjang, berbanding pembayaran secara one-off, yang mana jika diberikan kepada rakyat pun akan dihabiskan dalam masa yang pendek,” katanya.

Dalam pada itu, wakil dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Suhail Mohamed Kamaruddin mempersoalkan juga sekiranya perlu lagi kajian ke atas ekonomi rakyat diadakan, memandangkan sudah wujud beberapa badan yang mengadakan kajian sama.

“Unit Perancangan Ekonomi negara pun dah buat kajian dan disokong Jabatan Statistik, tetapi persoalannya kenapa jurang pendapatan ini masih wujud di skala tinggi,” katanya. – BERNAMA

Tags: BR1MParlimen Belia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Najib Berhak Mentadbir Malaysia Lagi Sekali

15/12/2020
0

INGAT Klinik Rakyat 1Malaysia pun dah cukup la… Itu baru satu contoh betapa Najib dahulu amat pentingkan kebajikan rakyat…. Cuma...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd