• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perak Mohon Bantuan Tangani Kecetekan Sg. Perak

oleh Ahmad Albab
20/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata negeri itu berdepan masalah kecetekan sungai yang kritikal khususnya di Sungai Perak yang merupakan sumber bekalan air negeri.

Sehubungan itu, beliau berharap kerajaan persekutuan dapat membantu kerajaan negeri mengatasi masalah tersebut termasuk melakukan pendalaman sungai.

“Ini kerana jika kerja-kerja untuk mendalamkan sungai tidak dilaksanakan dengan segera tidak mustahil beberapa sungai di negeri ini akan ‘hilang’,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Persidangan Tahunan Jawatankuasa Tindakan Jurutera Air Daerah Se-Malaysia ke-30 di sini,malam tadi.

Persidangan selama tiga hari itu yang bermula semalam disertai 141 delegasi daripada Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air; Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara; Pengurusan Aset Air Berhad serta syarikat bekalan air dari Sabah dan Sarawak.

Sementara itu, Pengurus Besar Lembaga Air Perak Datuk Ir Mohd Yusof Mohd Isa berkata isu yang sering dihadapi oleh semua operator ialah pembiayaan bagi membangunkan infrastruktur air termasuk penggantian paip melebihi jangka hayat.

Katanya ia merupakan satu daripada faktor menyebabkan masalah kadar kehilangan air tak berhasil (NRW) di negara ini berada pada tahap yang tinggi iaitu kira-kira 36 peratus.

“Paip lama ini terutama dari jenis simen asbestos (AC) menyebabkan kadar kebocoran fizikal yang tinggi melebihi 75 peratus. Sebanyak 42,000 kilometer atau 25 peratus paip AC yang melebihi jangka hayat ketika ini di seluruh negara,” katanya.

Mengenai persidangan itu, Mohd Yusof berkata ia merupakan platform bagi membincangkan isu semasa dan menyuarakan cadangan untuk melestarikan industri air selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan 2030. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadirsungai
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Saya Akan Dapatkan Maklumat Daripada Pihak UM” – Zambry

“Saya Akan Dapatkan Maklumat Daripada Pihak UM” – Zambry

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mendapatkan maklumat daripada Universiti Malaya (UM) berhubung isu adegan ranjang dalam sebuah...

Rumah Terbuka Tok Mat Di Rantau Meriah, Zambry Puji Sambutan Luar Biasa

Rumah Terbuka Tok Mat Di Rantau Meriah, Zambry Puji Sambutan Luar Biasa

29/03/2026
0

RANTAU – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir memuji kemeriahan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Menteri Luar, Mohamad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd