• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selesaikan Sendiri Isu Jam Tangan Mewah – PM Thai

oleh Ahmad Albab
20/12/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Kontroversi berkaitan jam tangan mewah yang dipakai Timbalan Perdana Menteri, Jeneral Prawit Wongsuwan adalah isu peribadi yang perlu diselesaikan sendiri antara beliau dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Negara (NACC).

Perdana Menteri Thailand, Jeneral Prayut Chan-o-cha, berkata tiada siapa yang cuba melindungi Prawit dalam isu itu.

“Perkara itu adalah urusan peribadi Jeneral Prawit dengan NACC. Beliau uruslah sendiri. Tiada siapa yang cuba melindunginya,” kata Prayut kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Mingguan Kabinet di Rumah Kerajaan di sini.

Prayut berdepan dengan tekanan hebat daripada parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan supaya beliau mengambil tindakan terhadap timbalannya, yang dilihat memakai seutas jam tangan mewah dan cincin berlian ketika sesi fotografi anggota Kabinet baharu Thailand baru-baru ini.

Prawit tidak mengisytiharkan kedua-dua barangan mewah itu kepada NACC ketika beliau mengangkat sumpah jawatan pada 2014.

Semalam, setiausaha agung Persatuan Perlindungan Perlembagaan Thailand, Srisuwan Janya menggesa perdana menteri menggunakan Perkara 44 untuk menggantung sementara Prawit daripada jawatannya sebagai timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan hingga isu berkenaan selesai disiasat.

Prawit berkata, beliau akan memberi penjelasan berhubung isu jam tangan dan cincin berlian itu dalam tempoh terdekat.

Netizen dan pemerhati di Thailand mengagak jam tangan mewah yang menimbulkan kontroversi itu berjenama Richard Mille dan bernilai antara 4 hingga 10 juta Baht (kira-kira RM506,000 hingga RM1.3 juta).

Sementara itu, Prayut, yang juga mengetuai Majlis Keamanan dan Ketenteraman Negara (NCPO), berkata kerajaan pada mulanya bersetuju menggunakan Perkara 44 bagi memberi lebih banyak masa kepada parti politik mengemas kini keanggotaan masing-masing di bawah undang-undang berkaitan aktiviti politik yang baru diluluskan.

Undang-udang berkenaan, yang berkuat kuasa mulai Oktober lalu, akan tamat tempoh awal tahun depan.

“Mesyuarat NCPO bersetuju menggunakan Perkara 44 untuk menyelesaikan masalah itu, melanjutkan tempoh agar rakyat, parti politik baharu dan lama mempunyai lebih banyak masa untuk menjalankan aktiviti seperti mengemaskinikan keanggotaan dan urusan lain,” kata Prayut.

Sejak mengambil alih pentadbiran melalui rampasan kuasa pada 2014, kerajaan pimpinan tentera itu menggantung semua aktiviti politik di negara itu hingga mencetuskan kritikan meluas, termasuk daripada masyarakat antarabangsa.

Kerajaan tentera berjanji akan menarik balik larangan itu dan mengadakan pilihan raya umum yang dinanti-nantikan pelbagai pihak pada tahun depan bagi membawa kembali Thailand kepada demokrasi. – BERNAMA

Tags: jam tanganThailand
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden MIC, Kohilan Pillay menyuarakan kebimbangan terhadap kenaikan mendadak harga diesel di Malaysia yang didakwa...

Pengeboman 11 Stesen Minyak Di Selatan Thailand: Polis Buru Suspek Larikan Diri Ke Malaysia

Pengeboman 11 Stesen Minyak Di Selatan Thailand: Polis Buru Suspek Larikan Diri Ke Malaysia

18/01/2026
0

KOTA BHARU: Polis Kelantan termasuk cawangan khas kini giat memburu beberapa suspek pengeboman 11 stesen minyak di Selatan Thailand yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd