• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Taman Rimba Kiara Tak Pernah Diwarta Taman Awam

oleh AK-47
20/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Taman Rimba Kiara tidak pernah diwarta sebagai taman awam.

“Ia bagi kegunaan sebagai ruang terbuka dengan keluasan 5.32 hektar. Pembangunan ini langsung tidak membabitkan kawasan 5.32 hektar ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap kebimbangan bahawa cadangan pembangunan perumahan mampu milik itu akan menjejaskan kawasan itu sebagai taman rimba.

Tengku Adnan berkata kementerian telah memberi perhatian terhadap aduan berkenaan sebelum pembangunan itu diluluskan.

“Kami telah mengadakan perbincangan dengan penduduk pada 20 Julai dan 3 Ogos tahun ini untuk menjelaskan bahawa pembangunan itu langsung tidak membabitkan Taman Rimba Kiara,” katanya.

Tengku Adnan juga berkata cadangan pembangunan itu juga akan membantu menyelesaikan masalah penduduk yang tinggal di rumah-rumah panjang sejak 30 tahun lepas.

“Saya harap orang ramai akan menyokong kami dalam usaha kami untuk menyediakan perumahan selesa di Kuala Lumpur khususnya untuk golongan miskin dan mereka yang memerlukan rumah mampu milik,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ku Nan Didakwa Semula Selepas Mahkamah Lepas Tanpa Bebas Tuduhan Kedua

12/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini, hari ini melepas tanpa membebaskan Bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan...

Rasuah: Tengku Adnan Mengaku Tidak Bersalah

15/11/2018
0

KUALA LUMPUR — Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd