• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pekerja Berkelulusan Bawah SPM Catat Penurunan

oleh AK-47
19/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pekerja berkelulusan di bawah Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) berkurangan daripada 2.4 juta orang pada 2010 kepada 2.1 juta pada 2015, kata Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

Beliau berkata, kadar pertumbuhan tahunan yang dicatatkan oleh golongan pekerja berkelulusan di bawah SPM dalam tempoh berkenaan ialah 2.8 peratus.

Pekerja berkelulusan SPM, SPMV atau yang setaraf dengannya meningkat daripada 2.9 juta pada 2010 kepada 3.7 juta pada 2015 dengan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak lima peratus.

“Ini mungkin hasil keberkesanan sistem pendidikan negara yang menjadikan jumlah pekerja berkelulusan di bawah SPM dan SPMV semakin berkurangan sementara lulusan SPM ke atas semakin meningkat,” katanya ketika membentangkan Parameter Banci Ekonomi 2016 iaitu statistik MyState; statistik pekerja, gaji dan upah dan statistik halal di Jabatan Perangkaan Malaysia di sini hari ini.

Mohd Uzir berkata, kadar pertumbuhan tahunan paling tinggi dicatatkan oleh pekerja berkelulusan diploma, sijil atau Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) iaitu sebanyak 14.6 peratus daripada 984,000 orang pada 2010 kepada 1.9 juta pekerja pada 2015.

Dalam tempoh yang sama, pekerja berkelulusan ijazah sarjana muda pula merekodkan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 9.7 peratus dan meningkat dari 539,000 pada 2010 kepada 857,000 pada 2015.

Dalam pada itu, pekerja berkelulusan pasca siswazah mencatatkan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 8.5 peratus dengan peningkatan 58,000 pada 2010 kepada 87,000 pada 2015.

Beliau berkata, seramai 8.7 juta pekerja direkodkan bekerja di sektor swasta pada 2015 iaitu peningkatan 4.7 peratus setahun dari 2010.

Menurut beliau, daripada jumlah keseluruhan 8.7 juta pekerja itu, 5.9 juta atau 67.7 peratus merupakan lelaki manakala 2.8 juta pekerja atau 32.3 peratus adalah wanita.

Katanya, tiga negeri yang mencatatkan bilangan pekerja tertinggi ialah Selangor (2.27 juta), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1.4 juta) dan Johor (1.18 juta). – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penduduk Malaysia Dianggarkan 32.7 Juta Pada 2022

Penduduk Malaysia Dianggarkan 32.7 Juta Pada 2022

29/07/2022
0

PUTRAJAYA: Jumlah penduduk Malaysia pada 2022 dianggarkan 32.7 juta orang berbanding 32.6 juta orang pada 2021, dengan kadar pertumbuhan penduduk...

Penyertaan Tenaga Buruh Januari Naik Kepada 68.2%

15/03/2018
0

KUALA LUMPUR - Bilangan tenaga buruh Malaysia naik 0.3 peratus pada Januari lalu, iaitu sebanyak 15.19 juta berbanding 15.15 juta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd