• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Buruh Dihukum Penjara 11 Bulan Miliki Dadah

oleh AK-47
19/12/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang buruh dihukum penjara 11 bulan oleh Mahkamah Majistret Ampang hari ini atas dua pertuduhan menggunakan dadah dan memiliki dadah yang disorokkan dalam kotak rokok pada Ogos lepas.

Majistret Haslinda A.Raof menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Rohaizat Abdullah, 26, selepas tertuduh mengaku bersalah bagi kedua-dua pertuduhan itu.

Mengikut pertuduhan pertama, Mohd Rohaizat didakwa memiliki dadah jenis heroin dan monoacetylmorphines seberat 0.10 gram di sebuah rumah di Jalan AU 1A/2A, Taman Keramat di sini pada 2.50 pagi, 13 Ogos lepas.

Lelaki itu dituduh mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (3) akta sama (Pindaan 2007) yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda sehingga 100,000 atau kedua-duanya.

Mohd Rohaizat turut dituduh menggunakan dadah iaitu methamphetamine dan amphetamine di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang, di sini pada 4.05 petang, tarikh yang sama.

Dia dituduh mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM5,000 dan pengawasan polis tidak melebihi tiga tahun.

Tertuduh dihukum penjara lapan bulan bagi pertuduhan itu dan pengawasan polis selama dua tahun.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani kesemua hukuman penjara secara serentak bermula dari tarikh dia ditangkap pada 13 Ogos lepas.

Mengikut fakta kes, anggota polis menyerbu sebuah rumah dan menemui tertuduh sedang berbaring di atas katil di satu daripada bilik di rumah itu.

Pemeriksaan fizikal ke atas tertuduh tidak menemui apa-apa barang salah namun pemeriksaan lanjut di dalam bilik itu membawa kepada penemuan sekotak rokok di bawah katil dan didalamnya disorokkan satu tiub straw berisi ketulan dan serbuk mengandungi dadah.

Ketika rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam, memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan namun Timbalan Pendakwa Raya Raihanah Abdul Razak memohon hukuman setimpal bagi mengelak tertuduh mengulangi kesalahan sama. — BERNAMA

Tags: dipenjara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Warden Penjara Penor Meninggal Dunia Di Kuantan

Warden Penjara Penor Meninggal Dunia Di Kuantan

19/12/2025
0

KUANTAN – Seorang warden Penjara Penor, Allahyarham Muhammad Hariri Kamarudin, dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 2 pagi tadi di kediamannya...

Salah Guna Kuasa, Bekas Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM22,143

Salah Guna Kuasa, Bekas Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM22,143

26/05/2025
0

KUALA TERENGGANU: Bekas pengurus bahagian pentadbiran dan sumber manusia Ladang Rakyat Terengganu dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM22,143 oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd