• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Janda Ditemui Di Bawah Jejantas Di Klang

oleh AK-47
19/12/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Mayat seorang janda berusia 37 tahun dipercayai dibunuh ditemukan dengan kesan lebam di mata kanan dan benjol di dahi di bawah jejantas berhadapan Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa 2, Klang awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata mayat warga tempatan itu ditemui oleh seorang penduduk dari kawasan Pandamaran di sini dalam keadaan terbaring sebelum memaklumkan kepada polis pada 7.41 pagi.

“Berdasarkan siasatan awal, mayat ditemui dalam keadaan separuh bogel dengan seluar dalam ditanggalkan sehingga di buku lali kiri mangsa.

“Kami syaki mangsa dibunuh di tempat lain sebelum dicampak di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan kepada media.

Beliau berkata siasatan awal polis mendapati mangsa pernah ditahan berhubung kesalahan dadah dan dua anaknya berumur 10 dan 15 tahun kini dijaga adik kandungnya di Shah Alam.

Dalam pada itu, Shamsul Amar berkata polis menahan seorang lelaki berumur 54 tahun bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare
Previous Post

MAHB Nafi Dakwaan DAP Konon KLIA2 Terminal Bajet

Next Post

Gaji Pekerja OKU, Majikan Bakal Dapat Manfaat

Related Posts

Rakyat Malaysia Dinasihat Tinggalkan Iran Serta-merta – Wisma Putra

Rakyat Malaysia Dinasihat Tinggalkan Iran Serta-merta – Wisma Putra

17/06/2025
0

SHAH ALAM - Rakyat Malaysia yang berada di Iran dinasihatkan untuk meninggalkan negara tersebut serta-merta melalui apa jua kaedah selamat...

Kerajaan Sedia Teliti Semula Peluasan SST – Supol Menteri Kewangan

Kerajaan Sedia Teliti Semula Peluasan SST – Supol Menteri Kewangan

17/06/2025
0

IPOH – Kerajaan bersedia meneliti semula pelaksanaan peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sekiranya terdapat kelompongan atau aduan berhubung pelaksanaannya...

Next Post

Gaji Pekerja OKU, Majikan Bakal Dapat Manfaat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd