• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Batal IMAMS: Bukti Kerajaan BN Peduli Rakyat

oleh AK-47
18/12/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keputusan membatalkan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) hanya selepas 24 jam ia dilancarkan membuktikan kerajaan bersikap peduli rakyat atau rakyat centric.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, keputusan kerajaan itu juga membuktikan kepekaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam soal rakyat.

“Saya menyokong sepenuhnya tindakan tersebut dan berharap kerajaan mampu mencari mekanisme terbaik supaya tidak timbul sebarang isu atau dituduh gimik politik.

“Oleh itu saya menyarankan agar kuasa terhadap Lesen Khas Umrah (LKU) diberikan kepada Jabatan Perdana Menteri, bukannya di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Nazir Hussin berkata, ibadah umrah adalah satu ibadah yang diwajibkan kepada kaum muslimin yang mampu sebagaimana haji, maka tidak sesuai jika dikategorikan sebagai melancong.

Malah, katanya, peraturan LKU menetapkan hanya warga tempatan beragama Islam boleh mengendalikan urusan umrah.

“Tabung Haji (TH) pula boleh diberikan tanggungjawab untuk memantau, namun kerajaan perlu meminda Akta TH 1995 bagi membolehkan TH berbuat demikian.

“Saya berasakan Tabung Haji layak diberikan tanggungjawab tersebut berdasarkan pengalaman dan diiktiraf cemerlang dalam menguruskan jemaah haji serta umrah,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Nazir Hussin Akhtar Hussin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hairan Syed Saddiq Tidak Lapor Polis Tawaran RM5 Juta

03/10/2017
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dicabar membuat laporan polis terhadap...

UMNO Bekerjasama Dengan PDRM Banteras Dadah

20/09/2017
0

KUALA LUMPUR - Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mencari cara terbaik bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd