• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Kesan Sindiket Macau Scam Guna Pos Malaysia

oleh AK-47
18/12/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Polis Kelantan mengesan taktik terbaru sindiket ‘Macau Scam’ yang menggunakan nama Pos Malaysia untuk menipu mangsa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Kelantan Supt Mohamed Zulmazi Che Daud berkata sindiket berkenaan akan menyamar sebagai pegawai Pos Malaysia dan menghubungi nombor telefon sebelum menyuruh mangsa mengambil barangan di pejabat syarikat berkenaan.

“Dalam perbualan telefon itu juga, sindiket berkenaan akan meminta salinan kad pengenalan dan menyuruh mangsa membuat bayaran ke akaun tertentu.

“Mangsa hanya menyedari diri mereka tertipu apabila tiba di pejabat pos yang diarahkan dan gagal menuntut barangan kerana barangan tersebut memang tiada dalam simpanan pejabat pos itu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah dan kerugian yang dialami mangsa yang ditipu sindiket berkenaan.

Mohamed Zulmazi berkata sekiranya mangsa sudah memindahkan wang ke akaun yang diarahkan, potensi untuk mendapatkan semula wang tersebut sudah terlambat kerana biasanya wang di dalam akaun terbabit akan dikeluarkan suspek secepat mungkin.

Katanya akaun yang digunakan biasanya milik individu tertentu dan dipercayai sudah berpakat dengan sindiket dengan ganjaran bayaran komisen.

Mengulas lanjut, Mohamed Zulmazi berkata antara lain modus operandi sindiket Macau Scam ini termasuklah menyamar sebagai pegawai kanan polis daripada Bukit Aman, pengutip hutang, pihak bank dan sebagainya bagi menimbulkan kebimbangan kepada mangsa.

Beliau berkata sindiket ini turut membuat pelbagai ugutan termasuk mahu menahan mangsa menyebabkan mangsa ketakutan dan mengikut arahan mereka sehingga akhirnya sedar wang sudah diserahkan.

Dalam pada itu, beliau berkata kes penipuan membabitkan sindiket Macau Scam ini meningkat 375 peratus kepada 19 kes pada tahun ini membabitkan kerugian RM313,090 berbanding empat kes dengan kerugian RM162,490 pada tahun lepas.

“Orang ramai diminta supaya sentiasa berwaspada sekiranya mendapat panggilan daripada sindiket sebegini dan jangan sesekali memberi maklumat peribadi khususnya nombor kad pengenalan dan nombor akaun bank,” katanya. – BERNAMA

Tags: Sindiket Macau ScamSupt Mohamed Zulmazi Che Daud
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ketua Sindiket Macau Scam Ditahan

01/12/2020
0

KUALA LUMPUR - Dalang utama sindiket Macau Scam dan judi dalam talian yang menghubungkan antara sindiket Malaysia dan China antara...

Polis Teruskan Usaha Buru Goh

18/10/2020
0

KUALA LUMPUR - Polis meneruskan usaha memburu suspek utama kes pengubahan wang haram didalangi sindiket Macau Scam yang melarikan diri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd