• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Bunuh Sepupu Disebut Semula 18 Januari Depan

oleh Ahmad Albab
18/12/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEMERLOH – Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 18 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes melibatkan seorang pencuci kereta yang didakwa membunuh sepupunya di Taman Temerloh Makmur, di sini 21 Oktober lalu.

Majistret Najwa Hashim menetapkan tarikh tersebut setelah mendengar permohonan Pegawai Pendakwa Inspektor Irmawathy Mohamad Yusof bagi membolehkan laporan berkaitan kes termasuk laporan bedah siasat dan toksikologi disiapkan.

Iskandar Zulkarnain Zolkifli, 26, didakwa membunuh Robiatul Ain Mohamod, 27, yang juga seorang peniaga kedai makan di sebuah rumah di Jalan Temerloh Makmur 3, Taman Temerloh Makmur, antara 8.30 hingga 9 malam, 21 Oktober lepas.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang tidak diwakili oleh peguam atas dakwaan yang dilakukan mengikut Sesyen 302 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh digantung sampai mati.

Media sebelum ini melaporkan Robiatul Ain ditemukan tertiarap di ruang tamu rumahnya dengan kesan tikam pada muka serta bahu selepas dipercayai bertengkar dengan tertuduh.

Kejadian berpunca apabila mangsa dikatakan menuduh sepupunya itu mencuri.

Siasatan polis menemukan pisau dan gunting, dipercayai senjata yang digunakan dalam kejadian itu. – BERNAMA

Tags: kes bunuhmahkamah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki  100 Bahan Lucah Dalam Telefon

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki 100 Bahan Lucah Dalam Telefon

09/04/2026
0

BACHOK - Seorang ibu tunggal didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana memiliki kira-kira 100 bahan lucah dalam telefon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd