• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Legenda Bola Sepak Brazil, Kaka Umum Bersara

oleh Ahmad Albab
18/12/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RIO DE JANEIRO – Bintang legenda bola sepak Brazil, Kaka mengumumkan persaraannya pada usia 35 tahun, lapor agensi berita rasmi China, Xinhua.

Bekas pemain tengah kelab AC Milan dan Real Madrid itu, mengumumkan keputusannya menerusi media sosial, selepas beraksi pada perlawanan terakhir dengan kelab Orlando City, kira-kira dua bulan lepas.

“Ia lebih daripada apa yang saya bayangkan. Terima kasih! Saya sekarang bersedia untuk perjalanan seterusnya,” tulis Kaka.

Beraksi sebanyak 95 kali untuk negaranya, Kaka bersama pasukannya pernah memenangi Piala Dunia 2002 di Jepun dan kemudian dipilih sebagai pemain terbaik dunia FIFA pada 2007.

Kerjaya dalam arena bola sepak bermula di Sao Paulo dekat sini pada 2001, tetapi pada ketika itu, beliau bersama dengan kelab AC Milan yang disertainya pada 2003.

Selain itu, Kaka juga pernah mengetuai kelab Itali Scudetto 2003-2004, Supercoppa Italiana 2004, Piala Super UEFA 2007, Piala Dunia Kelab FIFA 2007 dan gelaran Juara Liga 2006-2007.

Kaka kemudian berpindah ke Real Madrid pada 2009 dengan yuran 67 juta euro, meskipun beliau tidak benar-benar cemerlang ketika bersama pasukan Milan sebelum itu.

Pemain tersebut namun pernah membantu kelab Sepanyol tersebut menggondol Piala Copa Del Rey pada musim 2010-2011 dan gelaran La Liga 2011-2012.

Beliau kemudian kembali semula ke Milan untuk musim 2013-2014, sebelum mengambil keputusan menamatkan kariernya ketika bersama Orlando City. – BERNAMA

Tags: BrazilKakapemain bola sepak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemain Bola Sepak Tular Tunjuk Kerambit Dipenjara 14 Hari

Pemain Bola Sepak Tular Tunjuk Kerambit Dipenjara 14 Hari

16/08/2024
0

Seorang pemain bola sepak amatur yang gambarnya membawa kerambit tular di media sosial, dipenjara 14 hari oleh Mahkamah Sesyen di...

Pemain Bola Sepak Bawa Kerambit Suspek Kes Baling Bom Petrol

Pemain Bola Sepak Bawa Kerambit Suspek Kes Baling Bom Petrol

15/08/2024
0

PUTRAJAYA - Pemain bola sepak amatur yang ditahan kerana membawa kerambit adalah suspek kes membaling bom petrol di sebuah pusat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd