• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Merenung Semula Lambakan Pingat & Gelaran

oleh Ahmad Albab
18/12/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ADA sindiran terkini mengatakan: “Jika anda lempar seketul batu, ia mungkin jatuh ke kepala seorang yang bergelar Datuk, dan batu itu akan lantun dan mungkin terkena kepala seorang lagi Datuk!”

Pada tahun 1994, ketika penganugerahan Datuk ini masih sangat ‘berharga’ tetapi sudah mula dihidu cambahannya, kolumnis terkenal Awang Selamat ada membuat teguran agar nilai dan imej anugerah pingat yang membawa gelaran ini dipelihara dan dijaga ‘kemuliaannya’.

Niatnya baik, kerana kita mahu penerima dan pembawa gelaran ini dihormati. Malah, institusi yang memberikan anugerah juga terpelihara martabatnya.

Kita memuliakan institusi diraja, juga institusi gabenor yang memberikan anugerah ini. Tidak kiralah apa pun statusnya, orang tidak begitu faham.

Apa yang diketahui ialah pembawa gelaran bermula takah Datuk, Dato Seri, Tan Sri dan Tun ini, mestilah individu yang benar-benar terbilang jasanya.

Kita menghormati hak istana atau gabenor yang memiliki kuasa mutlak dalam menentukan siapa sahaja pun yang dianggap layak menerima bintang kebesaran yang membawa pelbagai gelaran ini.

Cuma, apabila pembawa gelaran mencemarkan anugerah dengan bergelar penjenayah termasuk pembunuh, penipu, pengedar malah penagih dadah, rakyat jelata mula berasa kurang selesa.

Lebih aib, apabila isu “pingat dan gelaran boleh dibeli” telah mencetuskan fitnah yang besar terhadap pemberi dan penerima.

Artikel ini tiada niat mempersendakan mana-mana pihak atau institusi. Kita akur akan hak mutlak penganugerahan. Tetapi kita bersuara menegur kerana sebagai ahli masyarakat, kitalah juga orang yang akan mendokong pengiktirafan segala macam gelaran tersebut.

Orang hebat macam P. Ramlee, yang semasa hayatnya lagi sudah menjadi legenda Asia, meninggal dunia tanpa gelaran. Sekadar AMN pingatnya.

Itu pun sangat tersanjung kerana dianggap relevan pada masa itu berdasarkan sumbangannya sebagai Pengarah Filem dan Pelakon Lelaki Terbaik Asia.

P.Ramlee hanya menerima pingat sampai membawa gelaran Tan Sri setelah tiada lagi hayatnya bersama kita.

Skuad bola sepak Olimpik Munich 1972 dan skuad yang layak ke Olimpik Moscow juga tidak menerima sebarang pingat ketika layak beraksi. Pada masa itu, tidak ada siapa pun membayangkan langsung, kedua-dua skuad layak dianugerah apa-apa pun pingat.

Pemain-pemainnya menerima pingat selepas sudah lama bersara. Itu pun kerana pencapaian keseluruhan setelah menyumbang bakti selama antara dua atau tiga dekad terhadap bola sepak nasional.

Persoalannya sekarang: Anugerah dan pingat bagai dilambak. Kita terkedu apabila orang berkias secara nisbah: Tiap seorang pesakit kanser bersamaan dengan seribu orang penerima pingat bergelar.

Atau, kalau VIP bergelar ini dikumpulkan menjadi pasukan sorak, tiada satu pun kerusi akan boleh diduduki penyokong Ultras Malaya.

Semalam, ada artis melenting apabila diperlekehkan sebagai penerima pingat. Dipersoal akan kriteria kelayakan, artis naik angin dan menyindir mereka yang mempertikaikan anugerah itu sebagai tidak faham kuasa istana.

Baiklah kita faham. Awak mulia dan layak dimuliakan. Cuma artikel ini, merakam semula persepsi awam secara adil. Bahawa, penganugerahan ini dijaga taraf dan statusnya.

Akhirnya, apabila diperlekehkan, yang malu bukan penerima, tetapi kita semua sebagai rakyat jelata.

Apa tidaknya… rakyat jelatalah yang mendokong status kemuliaan ini. Melainkan kita bersetuju, berilah kepada sesiapa sahaja, dan terpulanglah kepada masyarakat untuk tidak menghormatinya!

Tentu kita tidak mahu ia berlaku. Bukankan rakyat dan raja berpisah tiada. – MYNEWSHUB.CC

Tags: darjah kebesaranpingat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Olimpik Paris 2024: Aaron-Wooi Yik Hadiahkan Pingat Pertama Buat Malaysia

Olimpik Paris 2024: Aaron-Wooi Yik Hadiahkan Pingat Pertama Buat Malaysia

05/08/2024
0

BEREGU lelaki badminton negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya meraih pingat gangsa pertama buat Malaysia di Sukan Olimpik Paris selepas...

Kanak-kanak Perempuan Maut Tercampak

Tunku Mahkota Ismail Kurnia Darjah Kebesaran

23/03/2024
0

JOHOR BAHRU: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim berangkat ke Majlis Doa Kesyukuran dan Majlis Kurniaan Darjah Sempena...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd