• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

IMAMS Batal Sebab Lain Dengan Apa Kabinet Bincang

oleh
18/12/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUKTAMAD… Keputusan kerajaan batal serta-merta sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) bukan kerana ada bukan Muslim dalam syarikat dilantik untuk pelaksanaannya.

Malah tegas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz keputusan pembatalan terpaksa dibuat kerana ia agak berbeza dengan apa yang pernah dibincangkan di peringkat jemaah Kabinet.

“Tidak, tiada kaitan. Saya memutuskan untuk membatalkannya kerana tidak setuju dengan (jumlah caj) RM90 dan ia diumumkan sebagai wajib. Itu sahaja,” kata Nazri seperti dilaporkan portal tempatan.

Beliau memberi reaksi berkenaan apabila banyak pihak mempersoalkan keputusan pembatalan IMAMS ekoran isu orang bukan Islam sebagai ketua pegawai operasi Imams Sdn. Bhd., seperti dibangkitkan sesetengah pihak.

Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin semalam berkata beliau hanya diberitahu tentang perkara itu selepas mengadakan sidang media mengumumkan IMAMS pada Jumaat lalu.

Mas Ermieyati berkata, ia tidak sepatutnya berlaku dan telah segera menghubungi Nazri selepas mengesahkan perkara tersebut. Pembatalan itu turut disokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri.

Di bawah sistem itu, individu yang ingin menunaikan ibadah umrah dikenakan caj berjumlah RM90.10, iaitu RM45 untuk caj penggunaan IMAMS, RM40 (insurans takaful umrah_ dan RM5.10 (cukai barang dan perkhidmatan).

Sistem yang bertujuan menangani penipuan pakej umrah itu diwajibkan dalam proses permohonan visa umrah dan 65 agensi pelancongan berstatus muassasah yang ada Lesen Khas Umrah (LKU) diwajibkan menggunakannya.

“Apa yang diumumkan kepada orang ramai bukan seperti apa yang kami bincang dalam mesyuarat Kabinet dan pernah dijelaskan pada perbahasan Bajet 2018 peringkat jawatankuasa untuk kementerian di Parlimen.

“Caj yang dipersetujui adalah RM40, termasuk insurans, dan itupun hanya pilihan (bukan wajib). Ia bukan program kementerian tetapi inisiatif daripada sektor swasta, maka caj ini tidak boleh diwajibkan,” kata Nazri lagi.

Berikutan pembatalan itu, Mas Ermieyati semalam berkata kerajaan akan mengeluarkan mekanisme baharu lebih cekap dan “100 peratus dikendalikan Muslim” untuk menangani penipuan pakej umrah.

Langkah dramatik itu juga disokong banyak pihak setelah dibangkitkan Pergerakan Pemuda UMNO yang bantah pelaksanaan IMAMS sebagai membebankan bakal jemaah. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: IMAMSkementerian pelanconganNazri Aziz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelantikan Nazri Dibuat Hampir Setahun Lalu, Kata PM

Pelantikan Nazri Dibuat Hampir Setahun Lalu, Kata PM

11/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan pelantikan bekas Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz sebagai...

Nazri Aziz Dilantik Duta Ke Amerika

Nazri Aziz Dilantik Duta Ke Amerika

09/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada 10 Ketua Perwakilan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd