• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fara Fauzana Sertai Misi Bantuan Ke Turki Hari Ini

oleh AK-47
17/12/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEJAK menamatkan khidmatnya daripada menjadi seorang penyampai di stesen radio Hot FM, pengacara terkenal Fara Fauzana giat melakukan aktiviti-aktiviti sosial.

Jika sebelum ini, pemilik nama Farah Fauzana Mohd Fadzil telah melibatkan diri dalam usaha membantu pembinaan masjid di Sepanyol menerusi pertubuhan Ukhwah For Ummah.

Terbaharu, pengacara berusia 37 tahun ini bakal mengikuti Misi Bantuan Kemanusiaan Bantuan Musim Sejuk Syria bagi membantu pelarian Syria yang berada di sempadan Syria dan Turki.

Fara atau lebih dikenali sebagai Fafau menerusi laman Instagramnya turut menyeru rakyat Malaysia memberi sumbangan dan membantu pelarian yang memerlukan terutama sekali pada musim sejuk akan datang.

A post shared by FARA FAUZANA (@therealfafau) on Dec 5, 2017 at 7:19pm PST

“InsyaAllah Fafau akan ikuti Misi Bantuan Kemanusiaan Bantuan Musim Sejuk Syria yang dianjurkan oleh MLLFFS untuk menyantuni muhajirin Syria yang berada di sempadan Syria dan Turki pada Disember ini.

“InsyaAllah saya akan sampaikan sendiri sumbangan anda semua kepada muhajirin Syria yang akan berhadapan dengan musim sejuk dengan serba kekurangan,” tulisnya yang menyasarkan sumbangan RM150,000 bagi misi ini.

Program anjuran oleh Malaysian Life Line for Syria (MLLFS) ini akan berlangsung selama 10 hari bermula dari 18 Disember sehingga 26 Disember.

Ketua misinya, Nadia Rahmat menyatakan banyak aktiviti yang telah dirancangkan dan mengharapkan rakyat Malaysia memberikan sokongan dengan menyumbang kepada mereka yang memerlukan.

“Kami akan lawat Pusat Anak Yatim Al-Ansar yang terdiri daripada mangsa perang. Kami juga akan melawat kira-kira 200 keluarga pelarian di kem pelarian Salli Urfa, sempadan Syria-Turki.

“Kami akan menyampaikan sumbangan daripada rakyat Malaysia seperti selimut, susu bayi dan lain-lain,” katanya ketika dihubungi.

Tambahnya lagi, misi ini akan melibatkan lapan orang yang terdiri daripada pihak MLLFS sendiri, pihak Fara Fauzana serta pihak Zakat Pulau Pinang.

Dalam pada itu, Nadia turut menyeru rakyat Malaysia untuk terus memberikan sumbangan supaya lebih ramai pelarian dapat dibantu.

Diharapkan perjalanan delegasi misi yang bermula hari ini dipermudahkan dan segala sumbangan selamat disampaikan kepada muhajirin Syria di sana. – MYNEWSHUB.CC/SA

Tags: FaFau4Syriafara fauzanaMalaysian Life Line for SyriaMisi Bantuan Kemanusiaan Bantuan Musim Sejuk SyriaMLLFS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Siapa Karim, Mengapa Dunia Tutup Mata Untuk Dia?

22/12/2017
0

BEBERAPA foto memaparkan masyarakat dunia tutup sebelah mata dengan #SolidarityWithKarim pada setiap posting menjadi tular menerusi laman Twitter beberapa hari lepas....

Twit Cetus Tanda Tanya ‘Originality’ Rekaan Baju Fafau

24/01/2017
0

SEORANG pengguna laman mikro Twitter berkongsi satu foto yang memaparkan rekaan baju digayakan pengacara Fara Fauzana ketika menghoskan pertandingan berprestij...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd