• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Johor Komited Selesai Isu Pemilikan Tanah

oleh Ahmad Albab
17/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Kerajaan Negeri Johor sentiasa komited dalam usahanya menyelesaikan isu pemilikan tanah dan rumah mampu milik rakyat di negeri ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata komitmen itu dapat dilihat menerusi kejayaan kerajaan negeri menyelesaikan beberapa kes penukaran hak milik tanah serta pemilikan rumah mampu milik di kawasan setinggan.

“Seperti di Kampung Melayu Pandan, Kempas dan beberapa kawasan lagi di sini, kita berjaya membantu penukaran hak milik tanah dengan melakukan pengambilalihan tanah dari sektor swasta.

“Di kawasan Desa Perwira pula, kerajaan negeri melakukan pengambilalihan tanah yang mana memungkinkan 100 penduduk akan menerima hak milik tanah dan menempatkan 1,000 rumah mampu milik untuk ditawarkan kepada penduduk setinggan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada merasmikan Program Latihan dan Khidmat Masyarakat di Surau Al-Falah Desa Perwira di sini, hari ini.

Turut hadir Setiausaha Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU) Kementerian Kerja Raya Zuree Zubir.

Mohamed Khaled memberitahu pengambilalihan tanah di Desa Perwira melalui Johor Corporation (J-Corp) membabitkan lebih RM320 juta.

“Kita akan meneruskan ke kawasan lain juga dan ini merupakan usaha kerajaan untuk memastikan kesejahteraan rakyat di mana dalam pembangunan di negeri Johor setiap rakyat memiliki rumah atau tanah,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada BPKU Johor kerana menjalankan tanggungjawab sosial dengan menjalankan kerja-kerja menurap semula dataran di kawasan Desa Perwira (Dataran Kejat) dan menyelenggara kerosakan di surau.

Program Latihan dan Khidmat Masyarakat di Surau Al-Falah Desa Perwira terbabit melibatkan 40 peserta terdiri dari kontraktor bumiputera Johor dan aktiviti khidmat sosial berkenaan merupakan aktiviti tahunan anjuran BPKU. – BERNAMA

Tags: isu tanah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penduduk Minta Kerajaan Campur Tangan Isu Tanah

Penduduk Minta Kerajaan Campur Tangan Isu Tanah

14/07/2022
0

KOTA KINABALU - Lebih 40 penduduk dari Kampung Sinompuru Sungai Simpang, Sandakan, merayu supaya kerajaan dapat membantu menyelesaikan masalah dihadapi...

113 Peneroka Bukit Cerakah Saman MB Selangor

14/03/2018
0

SHAH ALAM – Seramai 113 peneroka di bawah Rancangan Revolusi Hijau Peringkat II dan II di Bukit Cerakah, Kuala Selangor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd