• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seperti Dipergunakan, Amy Search Amuk Di Instagram

oleh AK-47
17/12/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LEGENDA artis rock tanah air, Amy Search baru-baru ini meluahkan rasa tidak puas hati menerusi laman Instagramnya.

Khabarnya, penyanyi berusia 59 tahun ini seakan dipergunakan apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan gambarnya untuk mempromosikan barang dijual secara atas talian.

Pelantun suara bagi lagu Isabella ini menafikan kenyataan yang kononnya dia merupakan duta dan menggunakan produk tersebut.

“Aku tak endorse (perjanjian) ini barang okay. Aku pun tak pernah makan ini barang dan aku pun tak tahu ini apa barang!

“Bukan dia orang tak tahu, tapi buat-buat tak tahu sebab kita ni rendah diri sangat,” tulisnya di laman Instagram.

Menurut Amy, dia bertindak untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan timbulnya salah faham pada masa akan datang.

Akuinya lagi, dia tidak akan senang-senang menggunakan makanan tambahan bagi mengelakkan mengalami kesan sampingan.

“Yang bahaya kalau orang yang makan barang ini memudaratkan dan tentu aku yang kena tuding.

“Satu lagi, aku kalau orang bagi barang-barang makanan tambahan ini bukan main makan saja sebab tak tahu kesan sampingan masa akan datang,” tambahnya lagi.

Amy juga mengharapkan peniaga-peniaga atas talian atau mana-mana pihak merujuk kepada pihak pengurusan sebelum memuat naik apa-apa yang melibatkan golongan sepertinya.

Dalam pada itu, seorang pengurus artis iaitu Rizam Mahyuza Morsit menyatakan ini adalah salah satu sebab mengapa artis dikawal rapi apabila ada peminat yang ingin bergambar.

“Segelintir pengambil-pengambil kesempatan yang macam inilah yang memburukkan keadaan.

“Minta pegang produk, lepas itu post untuk pemasaran produk itu,” tulisnya di laman Instagram.

Rizam turut meminta pihak-pihak ini menghormati hak-hak penggiat artis dan berbincang secara baik dengan pihak pengurusan sekiranya ingin bekerjasama dan berkolaborasi. – MYNEWSHUB.CC/SA

Tags: Amy Search
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kostum, Pemegang Mikrofon Amy Search Di Hard Rock Desaru

01/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Penyanyi rock legenda Amy Search terharu dan berbangga kerana salah satu koleksi kostum dan pemegang mikrofon miliknya...

Amy Search Sampaikan Ucapan Takziah

26/09/2019
0

VOKALIS kumpulan Search, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, menyampaikan ucapan takziah di atas kembalinya pemain drama kumpulan itu,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd