• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Konsep Jemput Rezeki Cara TV AlHijrah Bantu Kejayaan

oleh Ahmad Albab
17/12/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ASIA Halal Brand Award (AHBA) yang diadakan Jumaat lalu, merupakan satu plafform pengiktirafan kepada lebih 40 jenama halal seluruh Asia dalam pelbagai kategori.

Matlamat utama AHBA ialah meraikan jenama yang berjaya menjadi terbaik dalam segmen perniagaan bagi kategori masing-masing.

Antaranya bidang perhotelan, pelancongan, kesihatan, fesyen, kecantikan, industri makanan serta industri penyiaran.

Kejayaan TV AlHijrah meraih Anugerah Stesen TV Islam Terbaik Asia memang satu kejutan. Memandangkan ia antara jenama baharu dalam keseluruhan rantaian stesen TV Islam.

Puluhan jenama penyiaran yang lebih prominan dan bermodal besar di seluruh Asia antara pesaing, terutama jenama penyiaran dari Asia Barat.

Namun, kejutan itu diterima apabila penjurian memfokuskan pada aspek prestij merangkumi dua elemen utama, iaitu kualiti perisian dalam perkhidmatan serta pencapaian rekod komersial yang baik.

Elemen peningkatan rating tontonan sebanyak 30 peratus serta peningkatan 157 peratus pendapatan jualan iklan memacu pemarkahan TV AlHijrah berbanding jenama lain yang lebih elit.

“Sejak April 2016, kami menfokuskan keutamaan untuk membaiki dua elemen utama ini, iaitu tingkatkan rating dan agresif dalam penjualan iklan berbandingan pencapaian 2015,” kata Datuk Izelan Basar kepada Mynewshub.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TV Alhijrah itu, stesen tersebut berada kedudukan kurang menyerlah pada 2015 dengan kehilangan penguasaan tontonan serta kedudukan jualan iklan di bawah paras RM5 juta setahun.

Baca: TV AlHijrah Diiktiraf TV Islam Terbaik Asia

“Jadi kami sedar cabaran ini. Rating dan pendapatan iklan adalah saling membantu dalam memacu jenama TV. Penguasaan rating akan memacu pendapatan iklan,” katanya.

Menurut Izelan lagi, setelah menyedari segmen Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) adalah zon baharu yang sedang menghijau dalam potensi pengiklanan, TV AlHijrah menfokuskan kerjasama straregik usahawan Islam PKS sebagai rakan utama segmen pengiklanan.

“Kami mulakan secara strategik pada April 2016. Kami tawarkan pakej subsidi kepada usahawan baharu dengan kos pelaburan serendah RM3 ribu untuk memulakan langkah. Kami berpegang pada prinsip anda maju kami juga maju,” katanya.

Konsep Kita Maju Bersama berjaya membawa masuk lebih 100 syarikat usahawan Islam untuk mencuba pengiklanan televisyen dengan kos yang 90 peratus disubsidikan TV AlHijrah.

“Akhirnya ia menjadi. Penonton memberi sokongan dan lebih 100 produk yang kali pertama mengenal pengiklanan TV berjaya meraih peningkatan jualan,” katanya.

Kini terdapat lebih 150 jenama PKS milik usahawan Islam menyertai Empayar Niaga Islam di TV AlHijrah, satu segmen bagi meyakinkan usahawan, bahawa jenama Islam mampu menjadi empayar ekonomi dengan mengukuhkan produk dan jenama melalui iklan TV.

“Mereka yang memulakan langkah pada April 2016 kini mampu mengekalkan pelaburan iklan antara RM50 ribu ke RM500 ribu setahun. Satu angka yang kami banggakan kerana ia datang daripada jenama dan produk usahawan segmen PKS,” kata Izelan.

Malah, menurutnya, TV AlHijrah akan terus mengekalkan falsafah membantu produk usahawan kecil Islam untuk memperteguhkan empayar jenama mereka.

Konsep ini antara sumbangan syiar ekonomi TV Alhijrah demi membantu usahawan kecil terutama jenama berasaskan halal dan patuh syariah.

“Bagi tiga bulan pertama 2018, kami akan melancarkan sekitar 20 ke 25 produk baharu milik usahawan kecil Islam yang tidak pernah bersiaran di TV.

“Kami tahu had kemampuan mereka. Tetapi kami membantu dengan konsep subsidi mampu iklan,” katanya.

Pada masa ini, TV AlHijrah menawarkan pelbagai pakej menarik dengan mengekalkan konsep membantu usahawan kecil melalui penyediaan pakej iklan serendah RM15 ribu.

“Kami bantu selama tiga bulan dengan kos yang rendah. Kami beri peluang kepada mereka memperkenalkan produk dan jenama. Kami yakin, selepas tiga bulan, usahawan ini mampu menyertai pakej premium kami,” kata Izelan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: produk halalTV ALHijrah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Kempen Pelik, Cuba Sabotaj Ekonomi” – MCA

03/09/2019
0

KUALA LUMPUR - Kempen utamakan produk keluaran Islam yang disebarkan melalui media sosial dilihat sebagai bercanggah dengan semangat negara serta...

Boikot Produk Bukan Islam Tidak Konstruktif

30/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Kempen mengutamakan pembelian produk Islam dan boikot produk bukan bumiputera di negara ini hanya satu tindakan sia-sia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd