• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiga Projek Tangani Banjir Kota Belud Dilaksanakan

oleh Ahmad Albab
18/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BELUD – Sebanyak tiga projek bagi menangani fenomena banjir yang dianggap luar biasa di Kota Belud, akan dilaksanakan dalam masa terdekat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan hari ini.

Anggota Parlimen Kota Belud itu berkata projek berkenaan melibatkan kerja tebatan banjir dan mendalamkan tiga sungai utama di daerah ini iaitu Sungai Abai, Sungai Tempasuk dan Sungai Kadamaian.

“Fenomena banjir di Kota Belud menjadi luar biasa susulan kejadian gempa bumi pada 2015.

“Kejadian itu menyebabkan Kota Belud menjadi seperti tadahan banjir, dengan paras air meningkat 20 peratus sejak gempa bumi itu menyebabkan daerah ini mengalami banjir yang teruk,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat khas banjir Kota Belud di sini, hari ini.

Abdul Rahman berkata peruntukan sebanyak RM20 juta daripada RM27 juta telah diluluskan kerajaan pusat bagi kerja-kerja tebatan banjir untuk jangka masa pendek manakala RM50 juta daripada RM140 juta diluluskan untuk kerja tebatan jangka masa panjang.

Beliau berkata projek ketiga pula melibatkan projek mendalamkan sungai dengan pengorekan tanah yang mengalir dari kawasan tanah tinggi di Ranau akibat gempa bumi.

Pegawai Daerah Kota Belud Gari Itam yang juga Pengerusi Pengurusan Bencana Daerah berkata pengorekan tanah dilaksanakan oleh syarikat swasta sebagai langkah cepat untuk membersihkan sungai berkenaan daripada tanah yang mengalir dari tanah tinggi itu.

Beliau berkata untuk tahun ini sahaja, Kota Belud mengalami banjir kilat kira-kira 70 kali dengan pemindahan mangsa banjir dijalankan sebanyak enam kali.

Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan berkata kerjasama semua pihak penting dalam menghadapi fenomena itu dan ia tidak harus dipolitikkan.

“Kita melihat UMNO dan Barisan Nasional turun untuk membantu mangsa banjir, bukan untuk menunjuk tetapi kita minta semua parti untuk membantu dan menunjukkan keprihatinan kepada rakyat,” katanya selepas mesyuarat khas itu.

adiri Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Datuk Musbah Jamli yang juga ADUN Tempasuk dan ADUN Kadamaian Jeremy Malajad. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Doktor, Anak Perempuan Antara Tiga Terkorban Dalam Nahas Tragis Di Pekan

Doktor, Anak Perempuan Antara Tiga Terkorban Dalam Nahas Tragis Di Pekan

20/06/2026
0

Oleh Mynewshub  PEKAN – Perjalanan pulang bertukar tragedi apabila seorang doktor bersama anak perempuannya yang baru berusia dua tahun antara...

e-Invois – 52,540 Pembayar Cukai Tampil Isytihar Pendapatan RM4.07 Bilion

e-Invois – 52,540 Pembayar Cukai Tampil Isytihar Pendapatan RM4.07 Bilion

20/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  CYBERJAYA – Pelaksanaan sistem e-Invois yang diperkenalkan kerajaan dilihat mula memberi kesan positif terhadap tahap pematuhan cukai apabila...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd