• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengurus MRCB Menang Vento Peraduan Pullman

oleh Ahmad Albab
18/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Tuah menyebelahi Pengurus Pembangunan Perniagaan Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) Zain Othman apabila memenangi sebuah kereta sedan Volkswagen Vento dalam cabutan bertuah Pullman Putrajaya Lakeside.

Beliau yang menyertai peraduan itu semasa menghadiri acara syarikatnya di hotel berkenaan, pulang bergaya dengan kereta bernilai RM70,000 itu.

“Saya dihubungi oleh pihak hotel dan ditanya mengapa saya pilih hotel ini. Pada saya, Pullman Putrajaya Lakeside adalah antara yang terbaik.

“Sepanjang lima hari berada di hotel itu, saya dimaklumkan ada cabutan bertuah dan pada 15 Disember, saya diminta datang untuk acara cabutan,” kata Zain yang ditemui selepas acara penyampaian hadiah itu di sini.

Peraduan itu, yang berlangsung sepanjang April hingga Disember ini, mendapat sambutan daripada 15 syarikat yang memilih hotel itu sebagai lokasi acara mereka.

Peraduan Pullman Putrajaya Lakeside itu terbuka kepada rakan perniagaan dan tetamu yang membuat tempahan untuk persidangan, pakej mesyuarat, majlis perkahwinan, makan malam serta tempahan majlis korporat dengan nilai RM80,000 ke atas.

Pemilihan pemenang dilakukan secara rawak oleh pihak Pullman Putrajaya Lakeside.

Pengarah Urusan Pullman Putrajaya Lakeside Roberts Ejubs berkata pihaknya merancang untuk mengadakan beberapa peraduan serta promosi seumpamanya pada masa akan datang berikutan sambutan yang menggalakkan itu. – BERNAMA

Tags: Volkswagen
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PDRM Hanya Uji Cuba 5 Kereta Mewah – Polis

08/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Lima unit kenderaan jenis BMW dan Volkswagen yang diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman, semalam,...

Volkswagen Henti Model ‘Kodok’ Tahun Depan

18/09/2018
0

BERLIN - Firma automotif ternama Jerman, Volkswagen mengumumkan model ikoniknya, Beetle, atau lazim disebut 'kodok' kerana bentuknya; akan dihentikan pengeluarannya mulai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd