• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Teknik ‘Couching’ Amat Bahaya Untuk Rawat Katarak

oleh Ahmad Albab
17/12/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALIK PULAU – Kementerian Kesihatan menasihati orang ramai agar tidak terpengaruh dengan rawatan ‘couching’ untuk rawat katarak iaitu teknik menolak kanta mata ke dalam rongga vitreus yang dijalankan oleh pihak tertentu dan kini tular di media sosial.

Timbalan Menteri berkenaan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata kaedah itu berbahaya dan boleh menyebabkan pelbagai komplikasi termasuk glaukoma.

“Kalau awak tolak lensa mata itu takut terkeluar daripada sarung dan akan menyebabkan macam-macam berlaku…. Teknik (‘couching’) ini datang dari mana?

“Selama 40 tahun saya dalam bidang perubatan saya tak pernah dengar teknik ini tolak lensa (mata) ke dalam. Kita tidak boleh biarkan perkara ini, amat bahaya,” katanya kepada pemberita selepas melepaskan konvoi amal bermotosikal dan bantuan keluarga miskin, di sini hari ini.

Baru-baru ini tular di Facebook mengenai iklan perkhidmatan rawatan mata yang dipercayai berpangkalan di Kuala Kurau, Perak dan dijadual mengadakan siri jelajah selama tiga hari di Langkawi, Kedah bermula 23 Disember ini.

Dr. Hilmi menasihatkan pesakit yang mengalami masalah mata dan katarak supaya ke klinik atau hospital yang diiktiraf bagi menerima rawatan yang lebih selamat.

Beliau juga berkata pihaknya akan mengarahkan semua jabatan kesihatan negeri memantau kegiatan tersebut agar tidak terus berleluasa.

Sementara itu, mengulas mengenai isu susu rumusan bayi tiruan, Dr. Hilmi berkata setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang aduan daripada ibu bapa mengenai kesan kesihatan terhadap anak mereka yang meminum susu tiruan berkenaan. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Hilmi Yahayakatarak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

26 Buta Lepas Buang Katarak Percuma

02/12/2021
0

New Delhi : Seramai 26 penduduk kampung buta selepas menjalani pembedahan membuang katarak di kem kesihatan percuma anjuran sebuah hospital...

Dr. Hilmi Umum Letak Semua Jawatan UMNO Dan BN

20/05/2018
0

GEORGE TOWN - Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya meletak semua jawatannya dalam UMNO dan Barisan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd