• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pulai Tak Mudah Jatuh Ke Tangan Pembangkang

oleh Ahmad Albab
17/12/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Anggota Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed menyifatkan kajian sekumpulan pemikir Singapura, ISEAS-Yusof Ishak bahawa kerusi parlimen itu boleh terlepas ke tangan pembangkang sebagai kurang berasas.

Ini kerana kata Timbalan Menteri Dalam Negeri itu kajian berkenaan dibuat tanpa mengambil kira ciri-ciri kawasan tersebut.

“Pada (pilihan raya umum) 2013, Pulai dianggap boleh tumbang, tetapi tidak tumbang (sekalipun) dengan ‘tsunami Kit Siang’. Dulu Kit Siang bertanding di Parlimen Gelang Patah, tempiasnya ke Pulai tetapi untuk 2018 tidak tahu lagi Kit Siang bertanding di mana,” katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu beliau merasmikan Kejohanan Bola Sepak Tujuh Sebelah Bawah 10 dan 12 Tahun di Pusat Komuniti Parlimen Pulai, di sini.

Nur Jazlan diminta mengulas kajian ISEAS-Yusof Ishak yang meramalkan Barisan Nasional akan mengekalkan penguasaan di Johor pada pilihan raya umum akan datang namun beberapa kawasan parlimen di bandar seperti Pulai, Pasir Gudang dan Tebrau boleh jatuh ke tangan pembangkang.

Sementara itu, mengenai kejohanan bola sepak melibatkan 38 pasukan dari Johor, Melaka, Terengganu dan Selangor tersebut, Nur Jazlan berharap ia dapat melahirkan pemain pelapis bola sepak tanah air.

Katanya kejohanan seumpama itu juga dapat membentuk karakter murid menjadi individu berketerampilan, berani menghadapi kekalahan dan menjadi pemimpin berjaya. – BERNAMA

Tags: Datuk Nur Jazlan Mohamed
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Zero To Hero’ Pembimbing Rakan Sebaya Hindar Dadah

27/03/2018
0

KUALA LUMPUR - Program ‘Zero to Hero’ yang dilaksanakan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) akan melahirkan kader baharu di kalangan...

Permohonan Taraf Warganegara Proses Rumit

20/03/2018
0

KUALA LUMPUR - Permohonan taraf kewarganegaraan terutama penduduk di Sabah dan Sarawak perlu diteliti dengan terperinci dan berdasarkan kes demi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd