• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masyarakat Perlu Sedia Hadapi Revolusi Industri 4.0

oleh Ahmad Albab
17/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Masyarakat perlu bersedia menghadapi revolusi Industri Keempat (Industri 4.0) dan segala cabarannya untuk terus memajukan negara ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata revolusi itu menyaksikan Internet of Things (IoT) dalam hampir semua aspek kehidupan seharian dan berbeza daripada revolusi industri pertama yang tertumpu kepada penggunaan mesin berkuasa wap, kedua kepada elektrik, dan ketiga kepada penggunaan teknologi maklumat (IT).

Katanya Industri 4.0 hebat kerana ia menggantikan banyak kerja dalam revolusi pertama, kedua dan ketiga dengan proses automasi hasil bantuan perisian.

“Industri ini juga hebat kerana ia meningkatkan kecekapan pengurusan dan sistem penyampaian kerana semua urusan dijalankan secara digital,” katanya menerusi catatan di laman blog beliau.

Beliau menarik perhatian berhubung kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini bahawa mahu tidak mahu, rakyat perlu bersedia kerana Industri 4.0 yang akan membawa kepada kejayaan wawasan Transformasi Nasional 2050.

Salleh berkata Industri 4.0 akan membawa perubahan besar antaranya kepada media tradisional apabila manusia hanya menggunakan telefon pintar dan komputer untuk membaca berita dan bukan lagi surat khabar.

“Persaingan media bukan lagi sesama sendiri tetapi terpaksa bersaing dengan media sosial yang lebih dapat menarik perhatian pembaca,” kata menteri itu.

Dari segi pendidikan pula, beliau berkata Revolusi Industri 4.0 akan menyaksikan penggunaan komputer riba dengan lebih menyeluruh di sekolah.

“Teknologi hologram, media sosial dan kecerdasan buatan juga akan menjadi aspek utama sebagai alat bantuan mengajar. Mungkin di masa hadapan, pelajar boleh belajar di rumah sahaja kerana kuliah disampaikan dalam bentuk video,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Salleh Said Keruakmasyarakat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Diminta Berjiwa Besar, Jimat Penggunaan Minyak, Elektrik Dan Air

Rakyat Diminta Berjiwa Besar, Jimat Penggunaan Minyak, Elektrik Dan Air

10/04/2026
0

PUTRAJAYA - Masyarakat diminta mengamalkan gaya hidup lebih berjimat dan sederhana dalam menghadapi tekanan krisis tenaga global ketika ini. Menteri...

Dari ‘Jeff I Kill My Brother’ Ke Realiti Hari Ini: Tragedi Pemandu Mabuk Masih Berulang

Dari ‘Jeff I Kill My Brother’ Ke Realiti Hari Ini: Tragedi Pemandu Mabuk Masih Berulang

31/03/2026
0

RAKYAT tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang senada menuntut tindakan lebih tegas dan serius diambil bagi menangani isu pemandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd