• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Budak Terbunuh Kereta Api Rempuh Bas Sekolah

oleh Ahmad Albab
15/12/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MILLAS, Perancis – Sekurang-kurangnya empat kanak-kanak maut manakala 19 cedera termasuk tujuh cedera parah selepas sebuah kereta api merempuh bas sekolah di lintasan jalan di sini, semalam.

Bas berkenaan dilaporkan membawa seramai 20 pelajar dari sekolah menengah tempatan sebelum dirempuh kereta api di sini, kira-kira 18 kilometer barat bandar Perpignan dekat sempadan Sepanyol, waktu tengah hari.

“Keadaan bas yang dirempuh itu sangat teruk,” kata pendakwa raya awam Perpignan, Jean-Jacques Fagny.

Stesen radio tempatan France Bleu melaporkan kereta api berkenaan melanggar bahagian belakang bas dan gambar disiarkan media Perancis menunjukkan bas terputus dua.

Kira-kira 95 pekerja kecemasan yang disokong empat helikopter dikejarkan ke tempat kejadian.

Perdana Menteri Perancis, Edouard Philippe yang bergegas ke lokasi kejadian berkata proses mengenal pasti mangsa terlalu sukar.

Katanya lagi, mangsa terdiri daripada kanak-kanak berusia antara 13 hingga 17 tahun. – AFP/BH ONLINE

Tags: bas sekolahkereta api
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kereta Api Thailand Dihempap Kren, Tiada Rakyat Malaysia Terbabit

Kereta Api Thailand Dihempap Kren, Tiada Rakyat Malaysia Terbabit

14/01/2026
0

Kuala Lumpur: Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden maut di timur laut Thailand, hari ini apabila sebuah kren pembinaan tumbang...

Kereta Api Terpantas Di Dunia Rekod Kelajuan 453 km/j

Kereta Api Terpantas Di Dunia Rekod Kelajuan 453 km/j

21/10/2025
0

BEIJING: Kereta api terpantas di dunia, CR450 memulakan siri ujian pra-perkhidmatan dengan merekodkan kelajuan maksimum 453 km/j, lapor Xinhua. Kereta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd