• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Angin Kencang, Laut Bergelora Sabtu Hingga Rabu

oleh AK-47
15/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam (km/j) dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka melanda perairan Condore, Reef North, Layang-Layang, barat laut Palawan, timur laut Tioman, utara Bunguran dan barat laut Reef South pada Sabtu ini sehingga Rabu, 20 Dis.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini, angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Sementara itu, amaran angin kencang Timur Laut berkelajuan 40 hingga 50 km/j dengan ketinggian ombak mencecah sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan tenggara Samui, Tioman, Bunguran, Reef South, tenggara Reef North, Labuan dan tenggara Palawan pada Sabtu hingga Rabu depan.

Situasi sama turut dijangka berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, Sabah (pedalaman, pantai barat dan Kudat) dan Labuan pada tempoh sama yang turut membahayakan bot-bot kecil, rekreasi dan sukan laut.

Selain itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut yang dijangka bermula pada Ahad sehingga Selasa,19 Dis.

Dalam pada itu, ribut petir di perairan Sulu, dan Sandakan, Sabah dijangka berterusan sehingga malam ini.

Menurut kenyataan tersebut keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil. – BERNAMA

Tags: Angin Kencanglaut bergelora
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Angin Kencang 60 km/j Landa Terengganu Sehingga Isnin

26/02/2022
0

KUALA NERUS – Angin kencang timur laut berkelajuan sehingga 60 kilometer sejam (km/j) dan hujan berterusan yang melanda seluruh Terengganu...

Ribut Petir, Angin Kencang Dijangka Hingga Awal Mac

22/02/2022
0

KUALA LUMPUR: Kejadian ribut petir dan angin kencang yang berlaku kini dijangka berlarutan sehingga awal Mac ini. Ketua Pengarah Jabatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd