• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perlis Tidak Dalam Radar Pelabur Sebab Kurang Prasarana

oleh AK-47
14/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Kekurangan prasarana menyebabkan negeri Perlis tidak berada dalam radar pelabur, sekali gus menyebabkan sektor pembuatan tidak dapat berkembang secara positif, demikian sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu hari ini,.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man berkata kerajaan negeri menyedari bahawa antara perkara utama yang menjadi pertimbangan sesebuah syarikat untuk melabur di sesuatu lokasi adalah ketersediaan infrastruktur.

“Oleh sebab itu kerajaan negeri sedang meningkatkan penyediaan infrastruktur dan salah satunya adalah pembangunan Kawasan Perindustrian Lembah Chuping (CVIA) di Padang Besar.

“Kita berharap agar dengan penyediaan prasarana ini, ia akan menjadi tarikan kepada pelabur dan berharap sumbangan sektor pembuatan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan bertambah,” katanya pada sesi penggulungan Bajet Perlis 2018 pada persidangan itu.

Walau bagaimanapun, beliau berkata untuk melengkapkan sesuatu infrastruktur, prosesnya memerlukan tempoh yang panjang.

“Dalam perancangan kita untuk CVIA, berdasarkan pelan induk yang disediakan, ia ambil masa 10 tahun untuk dilengkapkan (dengan prasarana), tapi kita akan pastikan ia dapat disediakan sebaiknya untuk memastikan sektor pembuatan akan menjadi lebih rancak,” kata Azlan.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu cadangan untuk menaik taraf laluan Keselamatan dan Pembangunan (Kesban) dari Padang Besar ke Bukit Kayu Hitam sejauh 28km kini berada dalam perhatian kerajaan pusat.

Beliau berkata cadangan menaik taraf jalan di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand itu juga akan menyokong kewujudan Pelabuhan Darat Perlis (PIP) di Chuping dan Padang Besar.

“Dengan menggunakan laluan itu ia akan dapat menjimatkan masa perjalanan kenderaan perdagangan dari Bukit Kayu Hitam ke Padang Besar,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Azlan Man
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Syarikat Pelancongan Keluarkan Cek Lebih RM600,000 Atas Nama Azlan Man – Saksi

Syarikat Pelancongan Keluarkan Cek Lebih RM600,000 Atas Nama Azlan Man – Saksi

03/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Urusan Sri Kedawang Travel & Tours (W) Sdn Bhd (SKTT), Shafiei Ismail, mengesahkan syarikat berkenaan mengeluarkan...

Kaji Dulu Secara Sebelum Laksana ICERD – MB Perlis

07/11/2018
0

KANGAR - Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man meminta kerajaan persekutuan mengkaji dengan mendalam kesan mengiktiraf Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd