• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APMM Tahan Bot Seludup Kosmetik Ke Indonesia

oleh Ahmad Albab
14/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM ) Daerah Maritim 2 Pulau Pinang menahan sebuah bot di kedudukan 1.2 batu nautika selatan Pulau Jerejak dekat sini, tengah malam tadi kerana cuba menyeludup keluar barangan kosmetik tanpa kebenaran.

Timbalan Pengarah Operasi APMM Daerah Maritim 2 Pulau Pinang Hamizan Harun berkata bot itu, yang dinaiki seorang ‘master’ dan lima kru warga Indonesia, ditahan kira-kira 12.30 tengah malam tadi.

“Bot peronda APMM yang melakukan pemantauan di sekitar perairan Pulau Pinang mengesan sebuah bot ‘barter trade’ sedang beroperasi membawa 20 guni (lebih kurang 1,200 kotak) barangan kosmetik berbagai jenama.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati bot tersebut disyaki cuba membawa keluar barang kosmetik yang tidak diisytiharkan mengikut Akta Kastam 1967 dan Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata semua barangan itu dipercayai cuba diseludup ke negara jiran dan pihaknya menahan semua warga Indonesia berusia 30 hingga 45 tahun berkenaan bagi membantu siasatan.

Sebarang aktiviti jenayah atau kecemasan di laut boleh disalurkan melalui talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi APMM Pulau Pinang di talian 04-2626146, katanya. – BERNAMA

Tags: APMMseludup
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

07/12/2025
0

KEMAMAN, 6 Disember – Seramai 15 anak kapal sebuah kapal kargo yang mengalami kebocoran serius ketika dalam pelayaran dari Lumut,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd