• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tampil Klip Video Seksi Goda, Penyanyi Mesir Dijel 2 Tahun

oleh
14/12/2017
dalam Gaya Hidup, Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAHERAH – Padah muncul berbikini sambil ghairah hadam pisang menerusi satu klip video muzik, seorang penyanyi wanita Mesir dihukum penjara dua tahun oleh sebuah mahkamah tempatan.

Media melaporkan artis pop terkenal itu, Shyma turut dikenakan denda sebanyak 238,100 pound Mesir (kira-kira RM54,500) kerana didakwa atas kesalahan hasutan yang boleh mendorong kepada kejatuhan moral masyarakat.

Penyanyi berusia 21 tahun itu melakukan jenayah akhlak tersebut melalui video muzik berjudul I Have Issues yang memaparkan dia dalam keadaan seksi memakan pisang di dalam sebuah kelas dipenuhi beberapa pelajar lelaki.

Selain buah tersebut, Syhma yang hanya mengenakan pakaian dalam kelihatan menyanyi sambil kunyah epal di hadapan papan hitam seolah-olah aksi goda mengulum batang zakar lelaki atau lazim disebut sebagai seks oral.

Video berkenaan dikutuk keras ramai netizen tempatan sebagai berbaur lucah setelah tular didedahkan akhbar Youm 7 di sini, sekali gus menyaksikan wanita tersebut ditahan oleh pihak polis pada pertengahan bulan lalu.

Sutradara klip itu, Mohammed Gamal, juga dijatuhi hukuman yang sama. Menerusi akaun Facebook miliknya, Shyma bagaimanapun telah memohon maaf setelah teruk dikecam ramai pengguna media sosial tempatan.

“Saya tidak membayangkan ini yang akan terjadi dan saya mendapat kritikan dari semua orang. Sebagai wanita yang mengimpikan sejak usia muda untuk menjadi seorang penyanyi, reaksi sebegini di luar jangkaan,” tulisnya lagi.

Meskipun perlembagaan Mesir kekal sekular di bawah pemerintahan Presiden Abdel Fattah El Sisi, pihak berwajib di negara Arab Islam itu sering menggunakan undang-undang moral untuk menindas ramai artis tidak berakhlak.

Pada 2015, mahkamah Mesir memenjarakan seorang penari wanita selama setahun kerana didakwa melakukan hasutan mempromosikan keruntuhan moral melalui klip video Let Go of My Hand. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Mesir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bangunan Penginapan Pelajar Johor Di Mesir Dipecah Masuk

Bangunan Penginapan Pelajar Johor Di Mesir Dipecah Masuk

28/09/2025
0

Johor Bahru: Bangunan penginapan sementara pelajar Johor di Nasr City, Kaherah, Mesir dilapor dipecah masuk ketika pelajar sedang tidur, awal...

Runtuhan Kota Purba 2,000 Tahun Ditemui Di Mesir

Runtuhan Kota Purba 2,000 Tahun Ditemui Di Mesir

27/08/2025
0

ISKANDARIAH: Pihak berkuasa Mesir pada Khamis lalu mengumumkan penemuan bahagian kota purba yang tenggelam di perairan Iskandariah, termasuk serpihan bangunan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd