• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga 16 Barangan Dikawal Sempena Krismas

oleh Ahmad Albab
13/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA — Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyenaraikan 16 jenis barangan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan bersempena Krismas yang akan disambut 25 Dis ini.

Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata skim yang akan dilaksanakan bermula 23 hingga 27 Dis iaitu dua hari sebelum perayaan, hari perayaan dan dua hari selepas perayaan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Katanya, penentuan harga maksimum pengeluar, borong dan runcit dibuat mengikut kewajaran dan kesesuaian yang bertujuan memastikan harga yang ditentukan berpatutan dalam rantaian pengedaran bagi manfaat pengguna dan peniaga.

“Senarai barangan harga terkawal termasuk ayam hidup, ayam standard, ayam super, ayam tua hidup, ayam belanda import, kepak ayam, daging kambing tempatan bertulang, daging kambing/biri-biri import bertulang.

“Barangan lain termasuk telur ayam gred A, telur ayam gred B, telur ayam gred C, tomato, lada benggala hijau, babi hidup, daging babi (perut) dan daging babi (daging dan lemak),” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Hamzah berkata, peniaga diwajibkan menjual barangan harga terkawal tidak melebihi harga maksimum ditentukan kerajaan dan meletakkan tanda harga khas berwarna merah jambu ke atas barangan harga terkawal bagi membezakannya dengan barangan lain.

Bagaimanapun, katanya peniaga digalakkan menjual barangan itu lebih rendah daripada harga maksimum sekiranya harga yang diperoleh daripada pemborong adalah lebih rendah.

“Pegawai penguat kuasa KPDNKK akan berada di lokasi tumpuan orang ramai di pasar awam, pasar pagi dan pasar tani untuk menjalankan pemeriksaan serta pemantauan,” katanya.
Katanya, tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan di bawah skim itu mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.

“Individu yang melakukan kesalahan menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum yang ditentukan boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000.

“Bagi syarikat yang melakukan kesalahan menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum yang ditentukan boleh didenda sehingga RM500,000 atau kompaun sehingga RM250,000.

“Individu yang melakukan kesalahan gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan harga terkawal boleh didenda sehingga RM10,000 atau dikompaun sehingga RM5,000, manakala bagi syarikat, didenda sehingga RM20,000 atau dikompaun hingga RM10,000,” katanya. – BERNAMA

Tags: KPDNKK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KKM Tunggu Maklum Balas MOF, KPDNHEP Isu Caj Rundingan Hospital

04/10/2018
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menunggu maklum balas daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan...

Friends Of KPDNKK Perlu Bergerak Aktif Pantau Harga

27/07/2018
0

MELAKA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka disaran mengaktifkan 'Friends of KPDNHEP' sebagai mata dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd