• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jenazah Ismail Dikebumi Selepas Solat Isyak

oleh AK-47
12/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Jenazah Ismail Yaacob, 53, yang meninggal dunia pukul 1.40 pagi tadi, akibat kemalangan melibatkan lima kenderaan di Jalan Kuala Kangsar-Gerik pada Ahad lalu, akan dikebumikan selepas solat isyak malam ini.

Abang iparnya Mohd Nor Yong, 48, berkata jenazah Ismail akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kuin di sini, bersebelahan kubur tiga anaknya yang turut meninggal dunia akibat kemalangan itu.

“Jenazah telah dibawa dari Hospital Taiping, Perak pada pukul 12.30 tengah hari tadi dan dijangka tiba malam ini. Turut mengiringi jenazah ialah anaknya Muhammad Haris.

“Jenazah akan disolatkan di Masjid Bukit Kuin terlebih dahulu,” katanya kepada pemberita semasa ditemui di sini, hari ini.

Ismail parah selepas kereta dipandunya dilanggar sebuah lori yang dipercayai mengalami masalah brek, semasa berhenti di persimpangan lampu isyarat Maktab Rendah Sains Mara (MSRM) Lenggong, pukul 11 pagi, Ahad lalu.

Kemalangan menyebabkan anak Ismail, iaitu pasangan kembar Muhammad Hanif Ismail dan Nur Ain Hanifah, 8, serta kakak mereka Nur Ain Hafizah, 22, maut di tempat kejadian.

Isterinya Zarina Yong, 44, dan seorang lagi anaknya Nur Ain Harizah, 13, pula cedera dalam kejadian itu. – BERNAMA

Tags: jenazahkemalangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Kecoh Di Tanah Perkuburan, Dakwaan Permit Jenazah Ditahan Jadi Tumpuan

Kecoh Di Tanah Perkuburan, Dakwaan Permit Jenazah Ditahan Jadi Tumpuan

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub AMPANG – Satu insiden membabitkan urusan pengebumian jenazah di sebuah tanah perkuburan di Ampang mencetuskan kekecohan selepas keluarga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd