• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Thomson Reuters Keluarkan Buku Mengenai Fintech

oleh AK-47
12/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Thomson Reuters Malaysia melancarkan buku berjudul “The Life and Law of FinTech” yang mengetengahkan aspek undang-undang, perniagaan dan operasi teknologi kewangan (fintech).

Fintech merupakan singkatan bagi teknologi kewangan sekali gus menggambarkan sektor perkhidmatan kewangan yang pesat membangun pada abad ke-21.

Thomson Reuters berkata, buku ditulis seorang peguam yang sedang berkhidmat, Mohamed Ridza Mohamed Abdullah itu merangkumi konsep fintech, aspek undang-undang dan operasi perbankan serta kewangan, serta pasaran modal dan isu berkaitan pengubahan wang haram, penggabungan dan pengambilalihan.

Buku tersebut juga memaparkan aspek teknikal perbankan digital, iaitu insurans takaful, fintech Islam dan e-wakaf, keselamatan siber, Internet Kebendaan dan kontrak pintar.

Pengarah Urusan Thomson Reuters Malaysia, Jose Kunju berkata ia merupakan buku pertama yang mengetengahkan landskap fintech, menggabungkan perkhidmatan kewangan dan sektor teknologi daripada perspektif undang-undang.

“Menulis dalam era baharu ini, dengan kekurangan sumber rasmi adalah satu cabaran besar, namunMohamed Ridza menampilkan pengalaman uniknya untuk memberi kesan yang sangat baik.

“Beliau berjaya menghimpunkan pengetahuannya untuk menghasilkan buku yang boleh menjadi panduan ini,” katanya dalam kenyataan.

Buku itu, yang ditulis mengikut gaya mudah dan dapat dibaca, sesuai untuk pemegang kepentingan industri kewangan, daripada pengarah, bank, pemilik perniagaan, penyedia teknologi, peguam dan setiausaha syarikat, sehingga penuntut dalam bidang undang-undang, teknologi, kewangan dan pengajian perniagaan.

“The Life and Law of FinTech” dilancarkan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi, di sini, baru-baru ini.
Semasa melancarkan buku itu, Tun Zaki berkata, ia mengetengahkan pelbagai isu undang-undang semasa melibatkan kewangan dan teknologi dalam memperluaskannya kepada soal operasi dan perniagaan.

“Apa yang lebih menarik ialah buku ini bukan hanya berkisar undang-undang dan peraturan di Malaysia, malah undang-undang di Singapura, Hong Kong, China, India, Europah, Australia dan Amerika Syarikat.

“Meskipun menjadi subjek teknikal, peralihan daripada undang-undang kepada operasi dan perbankan ditulis secara lancar untuk mudah difahami,” katanya.

Buku itu dijual pada RM130 seunit di Thomson Reuters Malaysia. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: Pemimpin PH Dakwa Gelombang Merah Menguasai

PRN Johor: Pemimpin PH Dakwa Gelombang Merah Menguasai

11/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Seorang pemimpin akar umbi Parti Keadilan Rakyat (PKR) memaklumkan 'gelombang merah' sedang menguasai Pilihan Raya Negeri (PRN)...

FB Najib Razak Seru Seluruh Rakyat Johor Keluar Mengundi Demi Masa Depan Negeri

FB Najib Razak Seru Seluruh Rakyat Johor Keluar Mengundi Demi Masa Depan Negeri

11/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Laman Facebook milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru seluruh rakyat Johor supaya keluar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd