• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pos Laju Raih Perolehan RM700j Pada 2017

oleh AK-47
12/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pos Malaysia Bhd menjangka cabang kuriernya, Pos Laju menyumbang perolehan sebanyak RM700 juta pada tahun ini dan mengekalkan pertumbuhan 20 hingga 21 peratus tahun depan.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Pos dan Kurier, Datuk Azlan Shahrim berkata Pos Laju telah mencatatkan pertumbuhan yang kukuh sebanyak 20 peratus dalam perkhidmatan kuriernya tahun ke tahun sejak tiga tahun lalu sejajar dengan pengembangan e-dagang negara.

Beliau berkata Pos Laju telah menjadi penyumbang perolehan terbesar kumpulan itu dan ini dijangka berterusan, dipacu oleh pertumbuhan e-dagang walaupun ia masih rendah berbanding negara lain yang mencatatkan 20 hingga 25 peratus setahun.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran Pos Laju Prepaid Xtravaganza Contest, yang dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia yang akan menamatkan tempoh perkhidmatan Datuk Mohd Shukrie Mohd, di sini hari ini.

Mengenai masa depan, Azlan berkata Pos Malaysia akan terus meningkatkan perkhidmatannya, termasuk menambah lebih banyak lagi elemen untuk menjadikannya lebih mudah bagi pelanggan mencapai perkhidmatan.

Pada masa ini, Pos Malaysia mempunyai 700 pejabat pos, 86 pusat Pos Laju, 12 kaunter pandu lalu, dengan pelan untuk menambah 20 lagi dalam masa terdekat, dan perkhidmatan pengambilan percuma bagi pelanggan kontrak.

Azlan berkata Pos Malaysia kini mempunyai 22,000 pelanggan kontrak yang menyumbang kira-kira 45 peratus kepada perolehannya.

Mengenai peraduan tersebut, Ketua Pegawai Komersial Kumpulan Nor Azizan Tarja berkata ia dianjurkan sejajar dengan jualan dalam talian akhir tahun untuk menarik pengguna memilih Pos Laju sebagai kurier pilihan mereka, selain memberi ganjaran kepada pelanggan.

“Kami menjangka beberapa juta jualan akan dijana melalui kempen ini, tetapi memandangkan ia tempoh puncak, idea tersebut bukan untuk menjana lebih banyak jualan kerana orang akan membeli, sebaliknya untuk memberi ganjaran kepada pelanggan yang setia kepada kami,” katanya.

Peraduan itu, yang berlangsung dari 1 Dis tahun ini hingga 28 Feb, 2018, terbuka kepada semua pelanggan yang membeli produk Pos Laju Prepaid, menawarkan mereka peluang untuk diberi ganjaran dengan penghantaran percuma bernilai RM222,000.

Azlan berkata produk Pos Laju Prepaid boleh dibeli di pusat Pos Laju, kiosk Pos Laju, EziDrive-Thru, pejabat pos, Pos Laju Go2U, dan Pos-on-wheels. – BERNAMA

Tags: Datuk Azlan ShahrimPos Laju
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tindakan Bungkus, Pos Ular Hidup Bahaya Dan Zalim

13/11/2018
0

BUTTERWORTH - Tindakan zalim dan merbahaya, demikian komen Pos Malaysia berkenaan tindakan seorang individu tidak bertanggungjawab menghantar seekor ular sawa...

Pusat Pos Laju Baharu Dijangka Dibuka Di Jasin

09/10/2018
0

MELAKA - Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) akan membuka Pusat Pos Laju baharu di Jasin bagi menampung peningkatan penghantaran bungkusan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd