• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Lelaki Lemas Di Pantai Teluk Bahang

oleh Ahmad Albab
12/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Seorang remaja lelaki lemas selepas dibawa ombak ketika sedang mandi bersama keluarga dan rakan-rakannya di Pantai Teluk Bahang, Batu Ferringghi di sini hari ini.

S.Sunni,14, berjaya diselamatkan oleh orang ramai yang mandi di pantai itu dan diberi bantuan awal termasuk resusitasi kardiopulmopari (CPR) namun disahkan meninggal dunia, kemudian.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian lemas pada pukul 12.58 tengah hari sebelum jentera pertama tiba di lokasi kira-kira 16 minit kemudian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kami mendapati remaja itu telah ditemui dan mangsa juga diberi bantuan awal iaitu CPR oleh orang ramai. Namun pegawai perubatan yang memberikan rawatan mendapati remaja itu meninggal dunia kira-kira pukul 1.29 tengah hari kerana lemas,” katanya yang menambah mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat.

Sementara itu, seorang saksi yang melihat kejadian itu dan hanya mahu dikenali sebagai Badrol, 30, berkata beberapa orang yang sedang berkelah di situ terus terjun ke laut untuk membantu mangsa selepas dimaklumkan rakannya remaja berkenaan di bawa ombak.

“Saya difahamkan dia dan beberapa orang lagi anggota keluarga dan rakan datang berkelah di sini sebelum turut ke laut untuk mandi.Tiba-tiba mangsa dibawa ombak serta ada beberapa rakannya cuba membantu tetapi gagal.

Mereka menjerit meminta tolong sebelum orang ramai membantu dan berjaya membawa mangsa ke pantai,kami cuba memberi bantuan CPR kepada remaja berkenaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: lemas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

IbuBapa Kanak-kanak Dipercayai Lemas Tunggu Di Lokasi Dengan Lauk Kegemarannya…

IbuBapa Kanak-kanak Dipercayai Lemas Tunggu Di Lokasi Dengan Lauk Kegemarannya…

30/04/2026
0

Sungguh Menyedihkan.....   Ibu-bapa tunggu di lokasi kejadian anak hilang..sambil membawa makanan kegemarannya dan berterusan memanggil nama anak mereka agar...

Hentikan Aktiviti Berisiko Tinggi Libatkan Bakal Guru

Hentikan Aktiviti Berisiko Tinggi Libatkan Bakal Guru

09/04/2026
0

TRAGEDI meragut nyawa dua guru pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) ketika menyertai aktiviti berkayak satu berita duka. Dua insan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd