• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keputusan Telaga Minyak Bertam Diketahui Januari

oleh AK-47
12/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu hari ini diberitahu keputusan status telaga minyak Bertam milik Terengganu atau Pahang hanya akan diketahui Januari depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata pada masa ini, Jabatan Ukur dan Pemetaan (Jupem) masih dalam proses menentukan persempadanan telaga minyak yang terletak di perairan dua negeri Pantai Timur itu.

“Jupem menyatakan urusan persempadanan akan selesai akhir Januari depan, jadi kerajaan negeri sedang tunggu keputusan itu. Perkara ini sudahpun dijelaskan pada Sidang DUN sebelum ini,” katanya.

Ahmad Razif berkata demikian selepas perkara itu dibangkitkan Dr Syed Azman Syed Nawawi (Batu Buruk-PAS) pada sesi perbahasan Bajet 2018 di Wisma Darul Iman di sini.

Syed Azman, kemudian menjelaskan beliau membangkitkan kembali isu tersebut kerana mendapati banyak kepentingan Terengganu akan ‘hilang’ jika tidak dipertahankan.

Speaker DUN, Datuk Mohd Zubir Embong kemudian menegur Syed Azman dan anggota DUN lain agar bersabar dengan isu dibangkitkan itu dan menyatakan proses rundingan sesuatu perkara memakan masa lama.

“Proses pemetaan itu melibatkan hal perundangan dan untuk menentukan persempadanan ini bukan mudah.

“Kita tunggu pihak berwajib untuk dapatkan penjelasan dan dilarang keras mendapatkan penjelasan isu ini daripada pihak tidak berkenaan sebab kita mahu sesuatu itu mengikut fakta, bukan sesuatu yang boleh mendatangkan fitnah,” katanya.

Ahmad Razif ketika ditemui pemberita kemudian, berkata kerajaan negeri tidak boleh membuat secara melulu apa-apa pengumuman atau keputusan berhubung telaga minyak Bertam meskipun terdapat desakan daripada pelbagai pihak yang prihatin mengenai isu tersebut.

“Kita tunggu laporan daripada pihak teknikal…bukan kita boleh semborono. Kita tunggu bukti-bukti dan penjelasan daripada Jupem dan agensi-agensi berkaitan yang akan menentukan lokasi dan persempadanan.

“Setakat ini persempadanan (telaga minyak) antara Terengganu dan Pahang belum selesai lagi,” katanya. – BERNAMA

Tags: Telaga Minyak Bertam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd