• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Konstabel Polis, Buruh Didakwa Tembak Peniaga

oleh Ahmad Albab
12/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Dua anggota polis dan seorang buruh bakal berdepan hukuman mati apabila dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan melepaskan tembakan terhadap seorang peniaga semasa melakukan rompakan, bulan lalu.

Konstabel Muhamad Nur Subhi Mohd Rakhzam, Konstabel Muhamad Amin Pauzi dan Muhammad Shafiq Sa’ari, semuanya berusia 25 tahun mengaku faham akan pertuduhan yang dibacakan berasingan di hadapan Majistret Nordiana Abd Aziz.

Tiada pengakuan direkodkan daripada ketiga-tiga tertuduh kerana perkara itu terletak dalam bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Muhamad Nur Subhi didakwa melepaskan tembakan dengan niat hendak menyebabkan kematian atau kecederaan ke atas Leong Tien Fook, 55, di premis DU-50, Batu 9, Kuantan di sini pada 5.30 pagi, 25 Nov lalu manakala Muhamad Amin dan Muhammad Shafiq didakwa melakukan kesalahan serupa dengan mengetahui rakan sejenayah mereka iaitu Muhammad Nur Subhi membawa senjata api.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 3 dan Seksyen 3A Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 16 Jan depan untuk sebutan semula kes manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Shahrizzat Amadan. – BERNAMA

Tags: anggota polisrompakan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kecoh Di Tanah Perkuburan, Dakwaan Permit Jenazah Ditahan Jadi Tumpuan

Kecoh Di Tanah Perkuburan, Dakwaan Permit Jenazah Ditahan Jadi Tumpuan

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub AMPANG – Satu insiden membabitkan urusan pengebumian jenazah di sebuah tanah perkuburan di Ampang mencetuskan kekecohan selepas keluarga...

Lagi Kemalangan Besar Di Lebuh Raya…Kali Ini  Libatkan Lori Kontena, Dua Van Dan Empat Kereta

Lagi Kemalangan Besar Di Lebuh Raya…Kali Ini Libatkan Lori Kontena, Dua Van Dan Empat Kereta

24/06/2026
0

Oleh Mynewshub GOPENG, 23 Jun 2026 – Sebanyak lapan individu terlibat dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan sebuah lori kontena,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd